Tuesday, December 13, 2011

Getak Menuju Puncak Benggala - Brian


Bahan-bahan :
  • Udang Getak
  • Limau Nipis
  • Tomato (dalam tin)
  • Bawang Besar Kuning (dihiris)
  • Bawang Putih (dicincang halus)
  • Lada Benggala Merah
  • Serbuk Koko
  • Campuran Herba Kering
  • Keju Cheddar
  • Terung Bulat
  • Mentega
  • Cili Merah

Cara-cara :
  • Bakarkan lada benggala atas api sehingga kehitaman keseluruhan. Letakkan dalam mangkuk besi dan tutupkan dengan plastik dan biarkan stim.
  • Perapkan udang getak yang dibersihkan dan dibelah dua dengan jus limau nipis dan lada hitam.
  • Tumiskan bawang kuning dan bawang putih sehingga keperangan. Masukkan tomato dan sedikit jusnya. Masukkan cili merah serta serbuk koko. Biarkan mereneh.
  • Tanggalkan kulit lada benggala dan kisarkan dengan sos tomato yang dibuat langkah 3.
  • Bakarkan terung yang dihiris tebal dan disapu dengan minyak, garam dan lada hitam dalam ketuhar pada suhu 200C untuk 20 minit.
  • Curahkan sos benggala/tomato ke atas udang getak, taburkan keju dan bakarkan selama 15 minit pada suhu 200C.
  • Hidangkan terung dan udang getak.

No comments:

Post a Comment