- Bawang Kuning
- Bawang Putih
- Jintan Putih
- Serbuk Paprika
- Serbuk Thymes
- Zucchini
- Whip Cream
- Tomato
- Limau Nipis
- Udang Getak
Cara-cara :
- Pertama sekali keluarkan isi udang dari cengkerangnya dan asingkan.
- Selepas itu bawang putih, bawang kuning, tomato semua dipotong dadu.
- Isi udang tadi digunting kecil dan dimasukkan ke dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan semua bahan cincang tadi dan campurkan sekali dengan isi udang itu.
- Selepas itu masukkan setengah sudu kecil serbuk paprika dan jintan putih.
- Masukkan sedikit lada hitam, garam, lada dan gula secukup rasa.
- Panaskan pan dengan sedikit minyak kemudian tumiskan di atas pan.
- Selepas agak hampir masak keluarkan dari pan dan letakkan dalam bekas asing.
- Cengkerang udang tadi dibasuh sehingga bersih dan taburkan serbuk paprika di atas cengkerang.
- Di dalamnya pula parutkan sedikit keju mozzarella kemudian masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20 minit.
- Selepas cengkerang dan nampak agak kemerahan dan keju telah cair, masukkan isi udang yang telah ditumis dengan bahan-bahan lain itu ke dalam cengkerangnya semula dan parutkan keju.
- Kemudian masukkan semula ke dalam ketuhar selama 8 minit dan siap dihidang.
No comments:
Post a Comment