Tuesday, December 20, 2011

Stew Lidah Lembu Ala Zamir - Zamir


Bahan-bahan Stew Lidah Lembu :

  • 250g Lidah Lembu (dipotong dadu besar)
  • 5 biji Bawang Merah Kecil
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 6 batang Lobak Merah Kecil
  • 2 biji Ubi Kentang (dibuang kulit dan dipotong 8)
  • ½ tin Tomato (dicincang)
  • 3 sudu besar Kicap Manis
  • 5 batang ‘Thyme’ (daunnya sahaja)
  • 100ml Air
  • Garam dan Lada
  • 2 sudu Minyak Neuvida



Bahan-bahan Sos :

  • 150ml Krim Masam
  • ½ biji Jus Lemon



Bahan-bahan Gremolata :

  • 2 sudu besar Daun Parsley (dicincang)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 sudu besar Kulit Lemon (dicincang)
  • 1 sudu besar Minyak Neuvida



Cara-cara Penyediaan Stew Lidah Lembu :

  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah kecil dan masak sehingga sedikit keperangan dan kemudian masukkan bawang putih dan lobak merah kecil.
  • Selepas 4 minit, masukkan ubi kentang dan masak selama 5 minit dan masukkan pula tomato cincang dan kicap manis.
  • Kemudian, tambahkan air dan lidah lembur. Biarkan mereneh selama 20 minit.
  • Akhir sekali, tambahkan daun ‘thyme’ dan perasakan bersama garam dan lada.



Cara-cara Penyediaan Sos :

  • Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sehingga krim menjadi pekat.
  • Jumlah jus lemon boleh dikurangkan atau ditambahkan mengikut citarasa sendiri.



Cara-cara Penyediaan Gremolata :

  • Gaulkan semua bahan cincangan sehingga rata dan tambahkan minyak neuvida.



Susunan Hidangan :

  • Tuangkan stew lidah lembu di atas pinggan hidangan.
  • Hidangkan bersama sos dan gremolata.
  • Sedua untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment