Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Puding Roti Keju


bahan2:

8 keping roti
1 tin susu cair
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mentega
3-4 keping keju- cincang
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar choc chip

utk sos:

200 gm coklat masakan- potong kecil2
1/4 cawan susu cair
1 sudu mentega

cara:

koyak2 roti kecil2
masukkan dlm bekas
masukkan 3/4 tin susu dalam roti
biar mengembang 1/2 jam

campurkan mentega, dan gula dan baki susu cair 1/4 tin...
blend sampai sebati
masukkan ke dalam adunan roti td
campur tepung jagung + coklat chip + keju
gaul rata

alas loyang ngan kertas minyak
masukkan adunan
bakar selama 30-40 minit
30 mnt pertama api bwh
10 mnt lg api atas bwh

utk sos coklat:

campur semua bahan
didihkan secara double boiled sampai coklat larut

-tunggu sejuk sblm potong! baru dpt potongan yg cantik dan x sememeh-

Thursday, February 23, 2012

Roti Puff


Bahan-bahan :-
1 Bungkus roti Massimo (kalau takder roti lain pun boleh.. jangan korang nak hazab mencari massimo lak)
1 biji telur untuk dijadikan gam
3 sudu tepung (untuk dicelupkan roti semasa mengoreng)

Bahan tumisan

10 biji kentang (dipotong dadu)
sekeping dada ayam dipotong kecil
3 sudu rempah kari (jangan banyak sangat nanti pekat sangat rasa kari)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kiub ayam
garam secukup rasa

1st)
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air dan tumis sampai naik minyak.
Bila dah naik minyak, masukkan ketang yang dipotong dadu dan tambah sedikit air supaya kentang lembut.
Bila dah agak2 lembut masukkan isi ayam dan tunggu sehingga kuah menjadi kering.

2nd)
Leperkan roti dengan pengelek, Buangkan kulit tepi roti dan masukkan inti yang sejuk, lipat dan gamkan dengan telur.

3rd (final)
Bila dah siap step kat atas. Bolehlah digoreng dengan minyak yang sederhana panas. Sebelum digoreng celupkan bahagian yang mudah terbuka dengan tepung gandum supaya semasa mengoreng isi roti tu tak keluar. Goreng sehingga kekuningan.

dan bolehlah dihidangkan untuk minum petang.

Tuesday, February 21, 2012

Kebab berinti daging goreng lada hitam, asparagus & cendawan.


Bahan2nya
250gm daging goreng, di hiris tipis2
1 paket sayur Asparagus - di hiris tipis2
1 paket cendawan button - di hiris tipis2
1/2 sudu teh biji jintan manis
1/2 sudu teh biji ketumbar
Bahan2 rempah disangar dulu
1 sudu teh biji lada hiitam
Bahan2 diatas di tumbuk halus.
1 bili bawang besar di hiris
1 biji chili merah/hijau - dihiris
Garam & gula seukup rasa
1 paket roti pita
Minyak sayur/canola untuk di goreng

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, letakan bawang, chili hiris dan rempah yang di tumbuk halus, biarkan hingga baunya naik. Letakan daging hiris, gaulkan rata2, biar digoreng selama 10mins, letakan garam & gula dan air 1/2 cawan.Kemudian bila air kuah mula kering, masukkan sayur asparagus dan cendawan hiris, biar ia masak untuk 5min, gaulkan rata2 dan rasa.
Tutupkan api.

Panaskan kuali rata/grill pan, ambil roti pita dan panaskan untuk 2min. Balikan supaya ia disangar dibaliknya. Angkat dan potong dua. Bukakan lapek roti supaya ia tidak melekat.Letakan di pinggang yang besar bersama inti daging & sayur digoreng tadi. Isi dengan inti daging dengan sayur asparagus tadi. Sajikan panas2. Boleh diletakan cili sos dan salad ikut citarasa masing.


Crispy Egg Bruchetta with Fresh Strawberry


Bahan2nya
2 bantal Roti Peranchis di potong nipis2 -1/2 inch
5 biji telur- di rebus hinnga masak
2 ulas bawang putih atau krim garlic butter with herbs
2 puchok daun sop (parsley) di potong halus
1 biji bawang besar di potong dadu kechil
2 biji tomato, buang biji nya, potong dadu kecil
3 sudu besar mentaga
Serbuk cheese parmesan
Buah2an ikut cita rasa masing, strawberry/kiwi, epal hijau hiris.

Cara2nya
Bakar roti di oven atau toaster roti. Biar di bakar hingga kering 10min dalam suhu 140C.Rebus telur hingga masak sepunuhnya.
Buangkan kulit dan letakan di mangkuk yg besar.
Tekankan telur hingga pecah kechil2, letakan butter, garam dan lada putih secukup rasa.
Masukan deduan sup/parsley yang di potong halus. Gaulkan hingga sebati. Ambil sekeping roti, guriska bawang putih atau sapukan dengan krim garlic herbs. Sebab roti nya keras dan kasar, mudah ia di guris
dengan bawang putih/garlic di atas nya.
Ambil sesudu telur yg dihancurkan dan letak di atas kepingan roti.
letakan tomato dadu di atas dan taburkan dengan serbuk parmesan. Bakar roti di dalam oven panas selama 10mins. Sajikan dengan minuman teh susu/kopi/jus buah2an atau minuman lain dan salad buah2an.

Tuesday, February 14, 2012

Puding Roti Marble


Bahan-bahan:
*4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170 ml susu cair
* 8 gm serbuk agar-agar
* 1/2 cawan gula
* 2 sudu besar butter (cairkan)
* 31/2 cawan air
* 2 sudu besar serbuk koko
  atau choklat emulco

Cara membuatnya :
Didihkan 3 cawan air, agar dab gula dalam periuk.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air, 1/2 cawan.
Masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah didih.

Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu warna koko. Kacau cepat-cepat.
Tuang ke dalam loyang berselang-seli. 2 sudu warna asal kemudian 2 warna adunan koko. Marblekannya hingga habis.

Tuesday, January 31, 2012

Roti Jala


Bahan2
4 cwn tepung gandum
3 1/2 cwn santan cair
1 bj telur
2 sudu besar myk jagung
1 sudu teh garam
1/2 cwn susu cair

caranya
1 kan semua bahan di atas smpi sebati
setelah siap d bancuh masih ada ketulan tepung
blh lah di kisar mgunakan blender
bahagi kan kepada 2 bahagin jikalau n mmbuat 2 kale
kemudian msukan ke dlm botol acuan dn blh lah d kirai kan..
saya guna kuali non stick so x pyh pki myk..
setelah siap kirainya blh lah d hdgkan dgn kari ayam or daging.

Puding Roti dengan Sos Berkrim Lemak Manis


Bahan2nya
1 bantal roti - disiat2 kechil
1 paket santan kotak - 250ml - 300ml
8 sudu gula pasir
1 sudu teh Essence of Vanilla
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala (Nutmeg)
4 biji telur
2 sudu besar mentega (salted)
3 sudu besar buah Kismis &
8 keping buah apricot kering - dihiris
1 sudu besar icing sugar - (Unuk ditaburkan diatas roti)

Cara2nya
Letakan roti yang sudah dikoyak kechil kedalam basin, rendamkan dengan santan, gaulkan bersama gula pasir. Kemudian tuangkan telur yang sudah dipukul, bersama gula, serbuk buah pala, kayu manis sedikit & mentega, kismis, apricot yang dihiris2 & Essence of Vanilla. Gaulkan semua didalam basin. Kemudian angkat dan letakan di dalam mangkuk kukusan casorul. Ambil satu lagi dulang pembakar letakan air. Acuan Roti diletakan di atas dulang tersebut. Kemudian panaskan oven kesuhu 180C. Letakan dulang tadi didalam.Set kan masa selama 20mins atau bila roti berwarna keemasan di atas. Letakan icing sugar diatas puding roti, kemudian disajikan bersama sos krim lemak manis.

Bahan untuk Sos-nya
1 Tin susu Cair Carnation
3 sudu besar gula
1 1/2 mentega
2 sudu besar tepung gandum

Cara2nya.
Cairkan mentega di periok kecil, tuangkan susu cair dan masukan gula. Gaulkan supaya sebati. Letak 2 sudu besar tepung biasa kedalam sos kacaukan sehingga ia pekat sedikit.

Baguette Ayam Mayo & Keju


Bahan2nya
2 Roti Perancis - Baguette - dibelah dan keluarkan isi putihnya
2 Keping Dada Ayam - Dihiris
1 biji bawang besar Jepun - di hiris tipis
1 buah Tomato - dihiris tipis wedges
1 batang Lobak Merah, dihiris tipis - bulat
3 sudu besar Mayonaise
2 sudu besar daun sup
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
Secubit lada hitam
Jus Lemon
Garam secukup rasa
2 sudu besar mentega/Minyak masak (Canola/Sayur)

Mozzarella cheese - untuk toppingnya

Cara2nya
Panaskam mentega di kuali, gorengkan bawang besar, lobak merah & tomato.
Bila bawang lembut masokan ayam hiris, gaulkan hingga sebati. Letakan rempah serbuk, garam secukup rasa.Masukan mayonaise dan gaulkan bersama daun sup. Bila ayam masak tutupkan api.

Belahkan roti baguette, jangan sampai terputus, keluarkan isi putih nya. Letakan sos ayam diroti anda dan kemudian taburkan cheese Mozzarella di atas sos ayam. Panaskan oven ke suhu 160C, grill diatas. Bakar untuk 15mins atau hingga cheese nya masak, warna keemasan kunning. Di makan panas2 bersama minuman panas.

Homemade Roti Capati


Bahan2nya
450gm Tepung Gandum (Wheat flour)
1 1/4 cawan air suam panas (tepung mesti di uli supaya mampat dan lembut)
Minyak Gee/Mentega
Garam secukup rasa


Cara2nya
Capurkan garam ke tepung, sesudah itu tuangkan
air suam panas ke-tepung. Gaulkan supaya sebati. Rengiskan dan gaulkan sedikit minyak gee/ mentage kepada tepung supada ia tidak melekat. Ulikan adunan itu beberapa minute, roti cheppati mesti merasa lembut bila anda menekan nya.Tepikan untuk 1/2 jam, tutupkan dengan kain basah.

Potong atau cubit tepung yang di uli dan bahagikan kepada 4 bahagian. Setaip satu di buat bebola bulat dan tekan sedikit dan di tepikan.

Siapkan kuali yang rata. Panaskan kuali dengan api sederhana.
Ulikan roti sehingga tipis dan rata. Letakkan sedikit tepung supaya ia tidak melekat. Letakkan roti diatas kuali biarkan sementara. Balikan roti bila sebelah sudah bertukar warna choklat. Tekan keliling roti pelahan lahan, roti akan mula gelembong. Angkat dan sapukan dengan minyak sapi. Boleh di saji panas keema atau Dhal Cha kari

Monday, January 2, 2012

Roti Canai Bersama Dalca Sayuran & Roti Canai Buah-buahan - Danial


Bahan-bahan Roti Canai :
  • 1 doh roti canai (yang telah diluli dan disimpan semalaman)


Bahan-bahan Dalca Sayuran :
  • 6 ulas Bawang Merah Kecil
  • 5 ulas Bawang Putih
  • ½ sudu teh Jintan Manis
  • 1 sudu teh Jintan Putih
  • 1 sudu besar Serbuk Cili
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Daging
  • 1 batang Kayu Manis
  • 4 biji Buah Pelaga
  • 2 biji Cili kering (dipotong 2)
  • 400ml Air
  • 1 biji Tomato
  • 1 biji Cili hijau (dibelah tengah)
  • Serbuk Jintan Putih
  • Daun Kari
  • Terung Bulat (dipotong ‘wedges’ kecil)
  • Lobak Merah (dihiris bulat)
  • Tomato
  • Kacang Panjang (dipotong ukuran 2cm)
  • Ubi Kentang (dipotong ‘wedges’)
  • Kacang Dal (dimasak terlebih dahulu)

Bahan-bahan Roti Canai Buah-buahan :
  • Nenas
  • Tembikai susu
  • Pisang
  • Gula Perang

Cara-cara Penyediaan Dalca Sayuran :
  • Hiris bawang merah dan bawang putih.
  • Kemudian tumiskan kayu manis bersama buah pelaga. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih.
  • Selepas naik bau, masukkan jintan manis, jintan putih dan cili kering dan tumis.
  • Sementara itu, campurkan serbuk kari daging dan serbuk cili dalam bekas lain dan masukkan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama bahan tumisan tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Apabila dah pecah minyak, masukkan kacang dal yang telah dimasak terlebih dahulu dan gaul sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan air dan kacau dengan perlahan dan biarkan mendidih.
  • Apabila dah mendidih, teruskan kacau dalca tersebut supaya tidak hangit.
  • Kemudian, masukkan lobak merah dan ubi kentang.
  • Apabila sayur itu sudah masak dan lembut, masukkan kacang panjang dan terung bulat.
  • Kemudian masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau.
  • Gaul sehingga sebati dan biarkan ia masak dalam lebih kurang 1 minit dan angkat dan ketepikan.
  • Untuk roti canai, tebarkan doh roti canai sehingga menjadi besar dan lipat doh tersbut menjadi 4 segi dan masak di atas kuali yang panas dan yang telah diletakkan minyak.
  • Selepas itu, angkat dan hidangkan bersama dalca sayuran.

Cara-cara Penyediaan Roti Canai Buah-buahan :
  • Tebarkan doh roti canai (boleh di beli siap di kedai) dan letakkan nenas, tembikai susu dan pisang di atas.
  • Kemudian letakkan gula perang dan lipatkan roti canai itu dengan kemas.
  • Bakarkan roti canai di atas kuali yang panas dan diletak minyak.
  • Masak sehingga roti masak.
  • Angkat dan hidangkan di atas pinggan.

Roti Canai Bersama Manisan Dal Berkrim & Murtabak Daging Berkeju - Wahidan



Bahan-bahan Roti Canai Bersama Manisan Dal Berkrim :
  • 1 Doh Roti Canai
  • 300gm Kacang Dal
  • 250gm Gula Perang
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 5 biji Buah Pelaga
  • Krim

Bahan-bahan Murtabak Daging Berkeju :
  • Doh Roti Canai (boleh dibeli yang telah siap)
  • 250gm Daging Cincang
  • 1 biji Bawang Merah Besar (dihiris)
  • 3 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 1 tangkai Daun Ketumbar (dipotong)
  • 1 tangkai Daun Kucai (dipotong)
  • 300gm Keju Mozzarella (diparut)
  • Secukup rasa Garam dan Lada Hitam

Cara-cara Penyediaan Roti Canai Bersama Manisan Dal Berkrim :
  • Rebuskan kacang dal selama 25 minit (sehingga empuk).
  • Didihkan air dalm periuk dan masukkan rempah 2 sekawan bersama gula perang. Masak sehingga gula larut dan naik aroma.
  • Kemudian masukkan kacang dal yang telah masak tadi, ke dalam periuk tersebut.
  • Kacau sehingga pekat, angkat dan ketepikan.
  • Sementara menunggu kacang dal sejuk, tebarkan doh roti canai dan lipat.
  • Panaskan minyak di dalam kuali leper dan masukkan doh roti canai.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Apabila kacang dal sudah agak sejuk, kisarkan menggunakan alat pengisar PANASONIC, sehingga halus.
  • Masukkan kacang dal yang telah dikisar kedalam periuk baru dan panaskan. Kemudian masukkan krim dan kacau selama 5 minit.
  • Akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama roti canai.

Cara-cara Penyediaan Murtabak Daging Berkeju :
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah dan tumis shingga agak keperangan.
  • Kemudian masukkan daging cincang dan kacau sehingga masak. Masukkan sedikit air agar daging tidak kering.
  • Kemudian masukkan daun ketumbar dan daun kucai.
  • Akhir sekali masukkan garam dan ada hitam secukup rasa. Gaul sehingga sebati dan sehingga daging cincang masak dan kemudian angkat.
  • Uli doh roti canai dan tebarkan besar doh tersebut. Kemudian letakkan daging cincang yang telah dimasak tadi di atas doh roti canai yang ditebar tadi. Taburkan keju mozzarella di atasnya dan lipat doh roti canai tersebut.
  • Panaskan kuali dan letakkan minyak di atasnya (jangan terlalu banyak minyak), dan masak roti canai di dalam kuali tersebut selama 3 minit setiap bahagian.
  • Apabila dah masak, angkat dan potong mengikut citarasa.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Monday, December 19, 2011

Kulfi Pelaga, Falooda Saffron & Bakarkhani - Chef Riz


Bahan-bahan Kulfi Pelaga :

  • 1 keping Roti
  • 200ml Krim Putar
  • 400ml Susu Sejat
  • 400ml Susu Pekat Manis
  • 1 sudu kecil Buah Pelage
  • 250gm Badam (dibuang kulit dan dihiris)
  • 50gm Kacang Pistachio
  • Garam



Bahan-bahan Falooda Saffron :

  • 50gm Soo Hoon
  • 1 sudu kecil Saffron
  • 300ml Air
  • 125gm Gula
  • 200ml Air Mawar


  • 2cm Halia
  • 3 helai Daun Pandan



Bahan-bahan bakarkhani :

  • 500gm Tepung Roti
  • 1 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1½ sudu kecil Garam
  • 11gm Yis/Ibu Roti
  • 125ml Air Suam
  • 250ml Susu Suam
  • 2 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar Air Mawar
  • 150ml Ghee
  • 3 sudu besar Hirisan Badam
  • 2 sudu besar Kismis Campur



Cara-cara Penyediaan Kulfi Pelaga :

  • Kisarkan roti dengan menggunakan pengisar hingga menjadi serbuk roti.
  • Kemudian, dengan menggunakan pengisar makanan, pukul krim bersama susu sejat hingga sedikit pekat.
  • Selepas itu, masukan serbuk roti, susu pekat manis, dan serbuk buah pelaga dan badam. Gaul sehingga sebati.
  • Masukan bahan tadi ke dalam bekas, dan sejuk-bekukan ia semalaman sebelum dihidang.



Cara-cara Penyediaan Falooda Saffron :

  • Panaskan periuk dan renihkan air bersama gula, saffron, daun pandan dan halia.
  • Selepas itu, masak soo hoon hingga kembang. Kemudian toskan airnya dan tapiskan bersama sedikit ketulan ais supaya tidak melekat.



Cara-cara Penyediaan Bakarkhani :

  • Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk.
  • Kemudian, larutkan yis dalam air suam hingga buih mula timbul, campurkan dengan susu, air mawar.
  • Dengan mengunakan mesin pemproses makanan, uli doh dengan mengadun tepung bersama campuran air tadi hingga doh yang licin terbentuk, rehatkan doh selama 10 minit.
  • Kemudian masukan mentega cair dan badam. Uli dengan rata. Rehatkan di tempat suam dan tutupkan dengan kain.
  • Bahagikan kepada bahagian doh yg lebih kecil dan canaikan ia kepada bentuk roti.
  • Gliskan dulang pembakar dengan ghee, bakar roti di dalam ketuhar selama 5-7 minit, pada suhu 170C.
  • Sebelum menghidang, roti sedap di panggang di atas kuali leper bersama sedikit ghee.



Untuk Hiasan :
1 biji Buah Mangga dan sedikit Daun Pudina


Cara-cara Hidangan :
Hidangkan roti nan, bersama kulfi pelaga, falooda dan buah mangga. Hias bersama daun pudina.

Wednesday, December 14, 2011

Roti Sosej



200gm tpg roti
40gm gula castor
1/2 sudu bread softner
1/2 sudu bread improver
1/2 sudu garam
6 gm yis kering (setengah peket lbh kurang)
30gm air (kocak sebiji telur dan timbang)
95 ml air
**30gm mentega**

-campur semua bahan KECUALI **mentega**
-bila semua sebati dan anjal,baru tambahkan mentega dan uli lagi adunan elastik..
-Bubuh dalam plastik dan lenyek2..biar doh betul2 lembut.
-Perap selama sejam.Biar naik 2 kali ganda.
-Selepas tu tumbuk2 keluarkan angin,boleh la bubuh sosej.
-Perap lagi selama sejam,biar naik sekali ganda lagi.
-Bakar sehingga kekuningan,sapu dengan putih telur yang dicampur susu.

Sup Bawang - Kumpulan Merah


Bahan-bahan :
  • 6 biji Bawang Besar (dipotong separuh bulan dan hirisan halus)
  • 3 sudu besar Minyak
  • 1 Tangkai Rosemary
  • 2 liter Stok Ayam (kalau boleh gantikan dengan stok lembu)
  • Garam dan Serbuk Lada Hitam
  • 8 Keping Roti Perancis (dipotong bulat atau bentuk yang digemari)
  • ½ cawan Keju Parmesan

Cara-cara :
  • Tumis bawang dengan minyak sehingga berwarna perang dan harum.
  • Selepas itu, renehkan bawang goreng dalam stok ayam sehingga rasa sup sudah cukup pekat bersama-sama dengan rosemary.
  • Masukkan garam dan serbuk lada hitam mengikut cita rasa sendiri.
  • Bakar roti perancis di dalam ketuhar sehingga ranggup. Taburkan keju di atas roti dan bakar sehingga cair.
  • Tuangkan sup di dalam mangkuk dan letakkan roti perancis di tengah-tengah sup.


Kumpulan Merah: Shahriah (Ketua), Wahidan, Amita, Azlina, Deena, Danial

Bruschetta - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Bruschetta Bersama Salsa :
  • 10 keping Roti Perancis (dihiris sederhana)
  • 6 biji Tomato Ceri Merah (dipotong empat)
  • 6 biji Tomato Ceri Kuning (dipotong empat)
  • ½ biji Bawang Besar (dipotong dadu)
  • 1 sudu kecil Capers (dicincang kasar)
  • 7 helai Daun Selasih (dimayang halus)
  • ½ biji Lemon (jus)
  • 3 sudu besar Minyak Neuvida
  • Garam
  • Secubit Lada Sulah

Bahan-bahan Bruschetta Bersama Mozarella :
  • 10 keping Roti Perancis
  • 5 keping Tomato (dipotong dua)
  • 10 keping Keju Mozzarella
  • 10 helai Daun Selasih
  • 2 sudu besar Minyak Neuvida
  • Secubit Garam
  • Secubit Lada Hitam (ditumbuk halus)

Cara-cara Penyediaan Bruschetta Bersama Salsa :
  • Bakar roti Perancis selama 10-15 minit pada suhu 170–180C atau sehingga keperangan.
  • Sambil itu, campurkan kesemua bahan salsa sehingga sebati.
  • Tuangkan satu sudu kecil salsa di atas kepingan roti.

Cara-cara Penyediaan Bruschetta Bersama Mozarella :
  • Bakar roti seperti bruschetta pertama.
  • Sambil itu, susun sekeping tomato bersama satu keeping keju mozzarella dan sehelai daun selasih.
  • Ulangan langkah kedua sehingga cukup 10 dan perapkan bersama minyak Neuvida, garam dan lada hitam.
  • Setelah roti telah masak, susun kepingan mozzarella, tomato dan daun selasih itu di atas roti.

Kumpulan Biru: Zamir (Ketua), Felix, Ary Malik, Imelda, Ezani, Brian

Tuesday, December 13, 2011

Trio Dimensi Dessert - Chef Nazeri Ismail


Bahan-bahan Parfait Lemon :
  • 500gm Susu
  • 500gm 'Whipping' Krim
  • 240gm Kuning Telur
  • 70gm Sirap Glukosa
  • 280gm Gula
  • 2 biji Lemon (parutan dan jus)

Bahan-bahan Krim Mangga 'Seville' :
  • 4 biji Telur
  • 240gm Gula
  • 200gm Puri Mangga
  • 350gm Mentega
  • 20gm Serbuk Kastard
  • 60ml Susu Segar
  • 150ml Krim Segar

Bahan-bahan Lemon Dacquoise :
  • 135gm Telur
  • 80gm Serbuk Badam
  • 80gm Gula Aising
  • 60gm Tepung Kek
  • 20gm Lemon (diparut)
  • 30gm Perasa Lemon
  • 110gm Putih Telur
  • 30gm Gula
  • 30gm Mentega Cair

Bahan-bahan Raspberry Mousse :
  • 300gm Raspberry Puri
  • 20gm Gelatin
  • 100gm Gula Aising
  • 500gm Susu
  • 6 biji Kuning Telur
  • 30gm Gelatin (direndam didalam air ais)
  • 150gm Gula
  • 500gm 'Whipping' Krim
  • 120gm Raspberry Segar

Bahan-bahan Italian Bombalini :
  • 25gm Yis Serbuk
  • 50-70ml Air Sejuk
  • 500gm Tepung
  • 4 biji Telur
  • 60gm Gula
  • 7gm Garam
  • 120-150gm Mentega
  • 200gm Serbuk Roti

Bahan-bahan Coklat 'Brownie' :
  • 250gm Mentega Cair
  • 140gm Coklat Hitam (cair)
  • 200gm Kuning Telur
  • 300gm Gula Kaster
  • 120gm Tepung Kek
  • 100gm ‘Walnut’ (dikisar)

Bahan-bahan Snap Halia :
  • 337.5gm Mentega
  • 600gm Gula Perang
  • 300gm Tepung
  • 15gm Serbuk Halia
  • 15gm Serbuk Kulit Kayu Manis
  • 400gm Glukosa (dicairkan)

Bahan-bahan Coklat 'Ganache' :
  • 500gm 'Whipping' Krim
  • 600gm Coklat ‘Couverture’

Cara-cara Penyediaan Parfait Lemon :
  • Panaskan susu, glukosa dan lemon. Pastikan suhunya berada ditahap suam sahaja.
  • Kemudian, pukul gula dan kuning telur sehingga kembang dan masukkan ia ke dalam campuran susu suam.
  • Biarkan adunan tersebut sejuk dan kemudian, campurkan 'whipping' krim. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Simpan ia didalam peti sejuk selama 30 minit ianya siap untuk di hidang.
  • Untuk hidangan, ‘scop’ kan parfait lemon dengan menggunakan sudu mengikut kretiviti.

Cara-cara Penyediaan Krim Mangga 'Seville' :
  • Panaskan puri mangga dengan api yang perlahan.
  • Dalam bekas yang berasingan campurkan susu segar, gula, serbuk kastard dan telur. Pastikan campuran susu tersebut dicmpur dengan sempurna.
  • Apabila puri manga panas, masukkan bahan-bahan tersebut dan dikacau bersama puri mangga.
  • Pindahkan campuran tadi ke dalam bekas yang berasingan dan dimasak dengan mengunakan proses ‘stem bath’ dan dikacau sehingga pekat.
  • Selepas itu, masukkan pula mentega lembut dan gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Apabila selesai proses tadi, masukkan campuran krim kedalam bekas atau acuan yang disediakan. Bentukkan ia menjadikan bentuk yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Lemon Dacquoise :
  • Campurkan telur, serbuk badam dan gula aising. Kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukan tepung kek, lemon yang telah diparut, perasa lemon dan mentega cair.
  • Selepas itu, pukul telur putih dan gula sehingga kembang dan campurkan kedalam bahan kek tadi dan dikacau dengan perlahan.
  • Tuangkan bahan-bahan tersebut diatas dulang ‘pembakar kedalam’, dan bakarkan ia didalam oven dengan suhu 160C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Raspberry Mousse :
  • Panaskan susu dan gelatin, dan biarkan sehingga panas untuk beberapa minit.
  • Selepas itu, pukul kuning telur dan gula sehingga kembang (sabayon) dan campurkan kedalam susu dan gelatin yang telah disuamkan tadi. Biarkan adunan tersebut sejuk.
  • Masak raspberry puri bersama gula aising dan gelatin sehingga sebati yang disejukan, kemudian campur kedalam campuran susu.
  • Akhir sekali tambahkan ‘whipping’ krim dan kemudian gunakan teknik 'folding' secara perlahan-lahan. Bentukkan ia mengikut citarasa yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Italian Bombalini :
  • Masukkan tepung di dalam mangkuk besar. Kemudian, campurkan yis serbuk dengan air sejuk dan kacau hinggga sebati dan masukan kedalam bahan-bahan bersama adunan tepung.
  • Selepas itu, masukkan telur, satu per satu, dan gaul bahan-bahan tersebut dengan campuran gula dan garam.
  • Adun adunan sehingga menjadi doh ,dan bahagikan atau potong doh tersebut seberat 10 gm. Kemudian, biarkan ia selama 25minit dengan ditutup dengan mengunakan lapisan plastik supaya doh tadi kembang. Ia juga bertujuan untuk mengelak dari lapisan doh kering dipermukaan.
  • Selepas itu, panaskan kuali bersama minyak masak untuk mengoreng doh yang telah kembang tadi dengan disaluti serbuk biskut dan telur.
  • Kemudian, debukan bersama gula halus dan sedia untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Coklat 'Brownie' :
  • Putarkan kuning telur dan gula sehingga kembang.
  • Dengan menggunakan bekas yang berlainan, cairkan mentega dan coklat dan kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  • Masukan tepung ke dalam adunan kuning telur secara ‘folding’ perlahan -lahan dan kemudian, tambahkan juga coklat cair dan mentega,dengan mengunakan teknik yang sama secara perlahan-lahan dengan mengunakan tangan sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan kacang 'walnut' ke dalam bahan-bahan tersebut dan masukkan ia ke dalam bekas acuan.
  • Bakarkan ia bersama suhu 180?c selama 35minit.
  • Selepas siap, biarkan ia sejuk dan potong ia kebentuk yang diingini dan sedia untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Snap Halia :
  • Campurkan semua bahan-bahan tersebut di dalam pengadun doh.
  • Selepas bahan-bahan tersebut telah diadunkan dengan sebati, keluarkan ia dari mangkuk.
  • Kemudian, rehatkan di dalam peti sejuk selama 20minit. Bakar doh pada suhu 180C selama 15minit.
  • Potong kepada bentuk yang diingini.

Cara-cara Penyediaan Coklat 'Ganache' :
  • Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan tuangkan ke dalam bekas coklat ‘converture’, dan dikacau perlahan-lahan sehingga campuran itu sekata.
  • Biarkan ianya sejuk dan boleh dibentuk pada bentuk yang diingini.

Murtabak Udang India Ala Kelate - Deena


Bahan-bahan Kulit Murtabak :
  • 3 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu besar Minyak Masak
  • 1 cawan Air Suam
  • ½ cawan Minyak Masak

Bahan-bahan Kari Udang :
  • Udang (dicincang halus)
  • Rempah 4 Sekawan
  • Bawang merah (dicincang halus)
  • Bawang Besar (dimayang)
  • Serbuk Kari Daging
  • Jintan Manis
  • Air Mawar
  • Garam dan Lada Sulah
  • Lada Merah (dihiris halus)
  • Telur (pukul dan tambahkan sedikit garam)

Cara-cara Penyediaan Kulit Murtabak :
  • Campurkan tepung gandum dengan garam dan 1 sudu besar minyak masak .Gaulkan.
  • Masukkan air dan uli tepung sehingga kenyal tetapi lembut.
  • Bulatkan doh kecil-kecil dan letak di dalam mengkuk ,kemudian titiskan ½ cawan minyak masak di atas doh-doh tadi. Biarkan doh rehat sebentar.

Cara-cara Penyediaan Kari Udang :
  • Tumis bawang merah dengan rempah 4 sekawan dan jintan hingga harum.
  • Masukkan bawang besar dan tumis sehingga bawang besar layu dan kekuningan.
  • Masukkan isi udang, serbuk kari, air mawar, garam dan lada sulah. Goreng sehingga masak dan ketepikan.
  • Untuk murtabak, ratakan doh tadi sehingga leper dan nipis.
  • Dengan menggunakan kuali tidak melekat, letakkan sedikit minyak dan tebarkan doh yang telah diratakan tadi di atas kuali.
  • Letakkan telur di atas doh tadi dan masukkan isi udang kari tadi dan dengan cepat lipat doh tadi menjadi segi empat tepat dan pastikan isi di dalam tidak terkeluar.
  • Goreng murtabak sehingga masak.
  • Hidangkan bersama sos yogurt asli yang dicampur sedikit lada merah dan daun kari.

Chapati Mini Berinti dan Raita - Amita


Bahan-bahan A :
  • Tepung Gandum
  • Tairu
  • Air Mawar
  • Garam

Bahan-bahan B :
  • 3 butang Cendawan (potong sehingga halus)
  • ½ biji Bawang Merah (potong sehingga halus)
  • 1 ulas Bawang Putih (potong sehingga halus)
  • 1 biji Kentang (masak sehingga lembut)
  • 1 biji Telur
  • 2 sudu besar Tepung Gandum
  • Jintan Manis dan Garam

Bahan-bahan C :
  • ¼ Timun (dihiris)
  • ¼ Tomato (dihiris)
  • ¼ Bawang Merah (dihiris)
  • Garam dan Tairu


Cara-cara Penyediaan Bahan A :
  • Campurkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan menjadi adunan.
  • Panaskan pan dan masak chapati dengan sedikit minyak.

Cara-cara Penyediaan Bahan B :
  • Masukkan cendawan, bawang merah, bawang putih sehingga harum.
  • Kisarkan semua bahan tarmasuk kentang dan talur dan jintan manis dan garam.
  • Bentukan kepada bebola dan goreng sehingga kedua-dua permukaan menjadi ranggup.

Cara-cara Penyediaan Bahan C :
  • Campurkan semua bahan-bahan di atas sehingga sekata

Ceviche Udang Getak Bersama Toast Cocoa - Zamir


Bahan-bahan Ceviche Getak :
  • 3 ekor Udang Ketak
  • 1½ biji Cili (dipotong dadu kecil)
  • ¾ biji Bawang Merah (dipotong dadu kecil)
  • 2 biji Limau Nipis (jusnya)
  • 1 sudu kecil Halia (diparut)
  • 2 sudu besar Timun Jepun (dipotong dadu kecil)
  • 2 sudu besar Biji Buah Delima
  • 1 sudu kecil Daun Selasih (dimayang halus)
  • Garam dan Lada

Bahan-bahan Cocoa Toast :
  • 1 sudu besar Serbuk Koko
  • 125ml Mentega
  • 3 ulas Bawang Putih (ditumbak sekali)
  • 1 sudu kecil serbuk Cili Kasar
  • 50ml Minyak Neuvida
  • Garam
  • Lada
  • 4 hiris Roti Wholemeal

Bahan-bahan Vinaigrelle Coklat Putih :
  • 3 sudu besar Coklat Putih (cair)
  • 9 sudu besar Minyak Neuvida
  • ½ biji Limau Nipis (jusnya)
  • 1 sudu kecil Daun Selasih (dimayang halus)
  • Garam dan Lada


Cara-cara Penyediaan Ceviche Getak :
  • Masak udang getak selama 1 minit dalam air mendidih supaya senang dikeluarkan daripada kulitnya.
  • Keluarkan udang getak daripada air tadi, asingkan isi daripada kulitnya dan potong dadu.
  • Perapkan udang tadi bersama halia dan jus limau nipis selama 25-30 minit.
  • Setelah itu msukkan cili, bawang merah, daun selasih, timun jepun, buah delima, garam dan lada dan selelah 5 minit boleh dihidang.

Cara-cara Penyediaan Cocoa Toast :
  • Panaskan roti selama 7 minit dalam ketuhar pada suhu 180C.
  • Sambil itu, masukkan bahan ke dalam periuk dan panaskan sehingga kesemua mentega cair.
  • Kemudian, sapukan mentega koko tadi di atas roti dan bakar semula di dalam ketuhar selama 7 minit pada suhu 180C.

Cara-cara Penyediaan Vinaigrelle Coklat Putih :
  • Masukkan semua bahan ke dalam sebuah mengkuk dan pukul sehingga sebati.

Quesadilla Ayam & Nachos Daging - Chef Riz


Bahan-bahan Quesadilla Ayam :
  • 3 keping Roti Tortilla
  • 200gm Isi Dada ayam (dihiris)
  • ½ sudu kecil Paprika
  • ½ sudu kecil Oregano
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 4 biji Limau Nipis (diambil jus)
  • ¼ cawan Minyak Neuvida
  • 2 labu Bawang Merah Besar (dihiris)
  • 100gm Lada Benggala (merah, hijau, kuning)
  • 2 biji Tomato (dicelur, dibuang kulit, didadu)
  • 2 biji Avocado (dibuang biji, didadu)
  • ½ cawan Keju Jack (diparut)
  • 100gm Daun Salad Iceberg (dihiris)
  • ½ cawan Krim Masakan
  • 1 tangkai Daun Ketumbar
  • 1 tangkai Daun Bawang
  • Garam

Bahan-bahan Nachos Daging :
  • 2 keping Roti Tortilla (dipotong kepada segitiga kecil)
  • 200gm Daging Lembu Kisar
  • 1 labu Bawang Besar Merah (didadu)
  • 4 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 3 sudu besar Minyak Neuvida
  • 20gm Lada Bengala (didadu)
  • 1 sudu kecil Jintan Putih
  • 2 sudu kecil Serbuk Cili
  • ½ sudu kecil Paprika
  • ½ sudu kecil Oregano
  • 2 sudu kecil Pes Tomato
  • 1 cawan Stok Daging
  • 400gm Tomato Plum (dalam tin, dihancurkan)
  • 50gm Cili Jalapeno (dihiris)
  • 50gm Buah Zaitun Hitam (dihiris)
  • 200g m Kacang Merah (dalam tin)
  • ¼ cawan Keju Jack (parut)
  • 1 tangkai Daun Ketumbar

Cara-cara Penyediaan Quesadilla Ayam :
  • Perap isi ayam bersama bawang putih, paprika, oregano, kulit limau nipis, dan minyak neuvida. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Selepas itu, panaskan grill-pan dan grill ayam di atas api yang kuat hingga masak. Alihkan ke tepi.
  • Tumis lada benggala dan bawang hiris dengan api yang kuat, perasakan dengan garam dan lada hitam, akhir sekali masukan hirisan daun ketumbar.
  • Untuk penyediaan salsa tomato, campurkan tomato, bawang, daun ketumbar, jus limau dan minyak neuvida. Perasakan dengan garam.
  • Untuk penyediaan guacamole, perahkan jus limau ke atas isi avocado, lecek bersama sedikit garam, kemudian masukan bawang dan daun bawang.
  • Untuk penyediaan quesadilla, aturkan ayam bersama lada benggala tumis diatas roti tortilla, taburkan dengan keju jack, ulangkan lapisan dan tutupkan dengan roti tortilla dan tabur lagi dengan keju. Kemudian, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C. Selama 25 minit.

Cara-cara Penyediaan Nachos Daging :
  • Tumiskan daging cincang di dalam periuk hingga keperangan dan kemudian, masukan bawang besar merah dan putih. Tumis hingga wangi.
  • Masukan pula serbuk cili,jintan putih dan oregano. Goreng seketika bahan-bahan tersebut sebelum memasukan lada benggala dan pes tomato.
  • Tuangkan pula air stok daging, tomato plum hancur, dan perasakan dengan garam. Renihkan selama 30 minit Akhir sekali masukan kacang merah dan daun ketumbar.
  • Kemudian, goreng roti tortilla hingga rangup dan kuning keemasan. Bubuhkan 'beef chili' tadi ke atas roti, susunkan buah zaitun dan cili jalapeno, taburkan keju jack dan bakar seketika hingga keju cair.