Tuesday, December 13, 2011

Kari Ayam Ros - Felix


Bahan-bahan :
  • Peha Ayam (dikeluarkan tulang dan dipotong kuib)
  • 6 tangkai Cili Merah (dibuang biji, potong kasar)
  • 1 cm Halia (potong kasar)
  • 1 ulas Bawang Putih (potong kasar)
  • 2 biji Bawang Merah (didadu halus)
  • 4 sudu besar Yogurt Putih
  • 12 keping/secukup bau Daun Kari
  • ½ batang Kulit Kayu Manis
  • 1 biji Bunga Lawang
  • 4 biji Bunga Cengkih
  • 3 biji Buah Pelaga (ditumbuk kasar)
  • ½ cawan Minyak


Cara-cara :
  • Dalam kuali non-stick, sangaikan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum - (4 sekawan).
  • Masukkan minyak dalam kuali yang lain dan panaskan. Tumis bawang merah hingga warna jadi perang.
  • Sementara menumis bawang, kisarkan atau tumbuk cili merah, halia dan bawang putih hingga jadi pes.
  • Masukkan 4 sekawan dan kisaran cili, bawang putih dan halia ke dalam tumisan bawang merah dan sambung menumis hingga campuran jadi warna merah-keperangan.
  • Bila warna yang sesuai dikecapi, masukkan sedikit air, ayam dan daun kari.
  • Reneh dengan api yang paling perlahan, selama 45 minit.
  • Masukkan garam, gula dan yogurt secukup rasa.
  • Hidangkan dengan raita timun dan nasi putih.

No comments:

Post a Comment