Tuesday, December 13, 2011

Hirisan Daging Panggang Fillet, Cendawan Siew Mai & Sos Lada Benggala Berherba - Chef Zubir


Bahan-bahan Daging Panggang 'Fillet' :
  • 600gm Daging ‘Fillet’ Mignon
  • 10gm ‘Chili Flakes’
  • Lada Hancur dan Garam

Bahan-bahan Cendawan Siew Mai :
  • 200gm Ayam Cincang
  • 80gm Cendawan Shitake Segar
  • 80gm Cendawan Butang Segar
  • 80gm Cendawan Tiram Segar
  • 5gm Bunga Kucai (Flower Chives)
  • 80gm Bawang Besar
  • 40gm Bawang Putih
  • 75ml Krim Masak
  • 1 biji Telur
  • 4 keping Kulit Wantan

Bahan-bahan Kentang 'Ragout' :
  • 120gm Kentang ‘Idaho’
  • 80gm Ubi Keledek
  • 10gm Daging Salai
  • 40gm Bawang Merah
  • 20gm Bawang Putih
  • 10gm Bunga Kucai
  • 50ml Krim Masak
  • 250ml Air Rebusan Ayam

Bahan-bahan 'Coulis' Lada Benggala :
  • 400gm Lada Benggala Merah
  • 200ml Air Rebusan Ayam
  • 40gm Bawang Merah
  • 10gm Bawang Putih
  • 5gm Serbuk Paprika
  • 30ml Krim Masak
  • 50gm Mentega

Bahan-bahan Sayur Bayam :
  • 400gm Sayur Bayam
  • 40gm Bawang Merah
  • 20gm Bawang Putih
  • Minyak Masak



Cara-cara Penyediaan Daging Panggang 'Fillet' :
  • Potong daging dan ikat dengan tali menjadi bentuk bulat.
  • Perapkan dengan cili kisar, lada, garam dan minyak.
  • Panggang di atas api dan bakar dalam ketuhar hingga setengah masak.

Cara-cara Penyediaan Cendawan Siew Mai :
  • Panaskan minyak dan tumis bawang. Masukkan cendawan shitake, cendawan butang dan cendawan tiram. Masak bebrapa minit dan masukkan bahan perasa.
  • Angkat dan sejukkan dan campurkan dengan isi ayam, telur, krim masak dan bunga kucai.

Cara-cara Penyedian Kentang 'Ragout' :
  • Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang dan daging salai.
  • Masukkan kentang dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan air rebusan ayam dan masak hingga kentang hampir lembut.
  • Kemudian masukkan krim dan masak sehingga agak pekat.
  • Masukkan keju parmesan dan bunga kucai.

Cara-cara Penyediaan 'Coulis' Lada Benggala :
  • Bakar lada benggala dan buangkan kulitnya.
  • Potong kepada bentuk kepingan kecil.
  • Panaskan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang serta lada benggala.
  • Masukkan sedikit air rebusan ayam dan masak sehingga lada benggala tersebut menjadi lembut.
  • Kisar bahan yang di masak tadi di dalam mesin pengisar. Kemudian tapis dan panaskan semula.
  • Masukkan bahan perasa dan krim masak.

Cara-cara Penyediaan Sayur Bayam :
  • Panaskan mentega di dalam kuali. Masukkan bawang dan tumis bayam hingga masak.

Susunan Hidangan :
  • Letakkan kentang di atas pinggan.
  • Hiris daging dan letakkan di atas kentang.
  • Letakkan Bayam serta Cendawan ‘Siew Mai’ dan tuangkan sos lada benggala di sekelilingnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment