Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Bingka Labu


bahan2nya:
350gm labu yg telah di rebus
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
200ml santan + 11/2 cawan air
2 cawan gula (saya taruk 11/2 cwn gula,itu pn dh manis..boleh kurangkan lg)
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar minyak masak
sedikit bijan ( utk tabur di atas adunan sebelum di bakar)

cara2nya:
semua bahan2 di atas di campurkan dan di kisar hingga sebati
KECUALI minyak.
sebelum adunan di bakar,2 sudu besar minyak masak di panaskan
dalam loyang,supaya adunan tidak melekat di loyang.
kemudian masukkan adunan dlm loyang yg masih panas td dan bakar dengan suhu 165darjah selama 1 jam 10 minit
atau sehingga masak mengikut suhu oven masing2.
(saya bakar guna api bawah sahaja tp dlm 10 minit terakhir saya guna api atas bawah,
supaya btl2 masak).

Thursday, February 23, 2012

Masak Lemak Pisang


bahan2nya:
10 biji pisang muda yg boleh dibuat sayur - kupas kulit pisang,dan potong pisang kecil2,kemudian rendamkan pisang dengan air garam sementara menyiapkan bahan2 yang lain...kemudian cuci bersih pisang dn toskan.
15 biji cili api - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
3 cawan air
secubit kiub ayam
garam secukup rasa

cara2nya :
1. masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama pisang,kiub ayam dan 3 cawan air.
2. masak sehingga pisang lembut
3. masukkan santan pekat
4. biarkan mendidih skejap,masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.
5. sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, January 31, 2012

Puding Pisang


Bahan2
6 biji pisang
gula 5 sudu besar (agak2 manis)
tepung kastard 3 sudu besar
2 cawan santan
1 cawan air
garam 1 sudu kecil (secukup rasa)

cara2
masak gula dgn air sampai gula cair
masukan pisang kacau lebih kurang 5minit masukan garam
tepung & santan kacau sebati & tapiskan kedalam periuk pisang
kacau hingga pekat dgn api perlahan......bila dah pekat boleh masukan dlm loyang....sejukan dlm peti sejuk...sedap dimakan semasa sejuk

Kerabu Sotong + Mangga Muda


BAHAN-BAHAN
1 biji mangga (di sagat halus2)
5 ekor sotong saiz kecil (di potong & di rebus)
3 ulas bwg merah (di hiris)
3 helai daun limau purut (di hiris)
4 btg serai (di hiris)
3 sudu gula
air perahan limau nipis (di ambil dari 2 biji limau nipis)
garam secukup rasa
sedikit kacang tanah (di tumbuk)
1 sudu teh sos ikan

CARA-CARA
1. Gula + Garam + Air perahan limau nipis di kacau hingga gula hancur.

2. campur semua bahan dan rasa ikut citarasa masing2.

selamat mencuba

Monday, January 9, 2012

Lamb Cutlets Dengan Medley Sayur-sayuran - Ezani


Bahan-bahan Kambing :
  • Lamb Rack
  • Daun Rosemary Segar (dicincang halus)
  • Kulit Lemon (diparut)
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Minyak

Bahan-bahan Leek Mentega :
  • 2 batang Daun Leek
  • 4 ulas Bawang Putih (ditumbuk kasar)
  • 5 tangkai Daun Thyme
  • 250g Mentega
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada Hitam

Bahan-bahan Lobak Madu dan Kayu Manis :
  • Sejambak Lobak Kecil (dibuang batang dan dibersihkan)
  • 3 sudu besar Madu
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 1sudu kecil Biji Lada Hitam
  • Secukup Rasa Garam
  • Sedikit Air

Bahan-bahan Crumble Bawang Putih :
  • 1 biji Bawang Kuning (dicincang halus)
  • 4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 1 buku Roti (dikisar menjadi serbuk roti)
  • 3 batang Daun Thyme
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada Hitam

Bahan-bahan Puree Ubi Bit dan Kacang Kuda :
  • 3 biji Ubi Bit
  • 1 tin Kacang Kuda (ditoskan airnya)
  • Jus Lemon
  • Secukup Rasa Garam

Cara-cara Penyediaan Kambing :
  • Sediakan rack of lamb dengan membuang lemak berlebihan, membersihkan tulangnya (French trim) dan memotong kepada porsi individu.
  • Perapkan bersama rosemary, kulit lemon, garam, lada hitam dan minyak selama 30 minit.
  • Sebelum menghidang, masakkan lamb cutlets di atas kuali leper panas selama 2 minit sebelah, dan 2 minit sebelah lagi.

Cara-cara Penyediaan Leek Mentega :
  • Basuh daun leek. Ambil bahagian yang putih dan potong kepada silinder 2.5 inci panjang. Bahagian leek yang lebih hijau di hiris kasar.
  • Tumiskan daun leek yang dihiris dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga lembut di dalam kuali leper.
  • Susunkan leek yang dipotong silinder di dalam kuali yang sama, tambahkan daun thyme, mentega, garam dan lada hitam dan tutup dengan kertas minyak.
  • Masukkan ke dalam oven 130C selama 1 jam atau sehingga leek lembut.

Cara-cara Penyediaan Lobak Madu dan Kayu Manis :
  • Rebuskan lobak kecil dalam air mendidih sehingga separuh masak.
  • Keluarkan dari air rebusan.
  • Dalam kuali leper, masak lobak kecil bersama madu, rempah dan sedikit air.
  • Kacaukan supaya menyaluti lobak kecil.
  • Masak sehingga lembut dan sirap masakan memekat.
  • Tambahkan garam secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Crumble Bawang Putih :
  • Tumiskan bawang dan bawang putih dengan sedikit minyak dalam kuali leper sehingga naik bau dan lembut.
  • Masukkan serbuk roti dan teruskan mengacau, tambahkan minyak jika terlalu kering.
  • Masukkan daun thyme, garam dan lada hitam secukupnya.
  • Masukkan kuali leper itu ke dalam oven 150C selama 30 minit atau sehingga serbuk roti kering dan garing menjadi crumble.
  • Kacaukan sekali sekala supaya crumble garing sekata.

Cara-cara Penyedian Puree Ubi Bit dan Kacang Kuda :
  • Kupas dan potongkan ubi bit kepada potongan-potongan kasar.
  • Rebus ubi bit dalam air sehingga lembut. Keluarkan dari air rebusan.
  • Kisar ubi bit dalam food processor sehingga halus.
  • Masukkan kacang kuda dan kisar lagi sehingga halus.
  • Tambahkan jus lemon dan garam secukup rasa.

Friday, January 6, 2012

Ayam Bersalut Kelapa Bersama Nasi Serai - Wahidan


Bahan-bahan Ayam :

  • 300gm Peha Ayam
  • 2 biji Limau Nipis
  • Secukup Rasa Lada Hitam
  • Secukup Rasa Gula
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Jus Limau
  • Secukup Rasa Serbuk Kari
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 1 labu Bawang Besar Kuning
  • 3 labu Bawang Merah Kecil
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • 3 inci Halia
  • 2 inci Lengkuas
  • 3 helai Daun Limau Purut
  • 1 tangkai Daun Ketumbar


  • 5 biji Cili Padi
  • 5 biji Cili Hijau
  • 1 inci Kunyit
  • 2 inci Belacan



Bahan-bahan Nasi :

  • 150gm Beras
  • 1 batang Serai
  • Secukup Rasa Garam



Bahan-bahan Salad Mangga :

  • Secukup Rasa Jus Limau
  • Secukup Rasa Garam
  • Secukup Rasa Lada Hitam
  • Dipotong Dadu:
  • 1 biji Buah Mangga
  • 1 labu Bawang Merah Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Timun
  • 2 biji Tomato
  • Dimayang:
  • 5 helai Daun Pudina
  • 3 helai Daun Limau
  • 1 tangkai Daun Ketumbar
  • 2 biji Limau nipis



Cara-cara Penyediaan Ayam :

  • Asingkan tulang dengan isi ayam terlebih dahulu dan bersihkannya. Kemudian keringkan paha ayam dan perapkan dengan garam dan lada hitam, masukkan ke dalam peti sejuk selam 30 minit.
  • Letakkan isi kelapa parut di atas dulang untuk dibakar dalam ketuhar selama 10 minit.
  • Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar hingga naik minyak dan menerbitkan aroma. Untuk perasa masukkan gula, garam, jus limau dan lada hitam.
  • Panaskan minyak untuk mengoreng paha ayam. Sebelum mengoreng paha ayam, terlebih dahulu salutkan paha ayam dengan telur dan tepung jagung yang bersama garam, gula dan serbuk kari.
  • Apabila minyak dah cukup panas gorengkan paha ayam tadi selama 8 minit hingga nampak kuning keemasan. Angkat dan letak di atas kertas tisu.
  • Kemudian salutkan paha ayam tadi dengan kelapa sangai.



Cara-cara Penyediaan Nasi :

  • Didihkan air bersama serai sehingga menaikkan aroma serai tadi.
  • Kemudian masukkan beras dan garam. Biarkan selama 15 minit sehingga air hampir kering, kecilkan api sehingga nasi cukup masak.



Cara-cara Penyediaan Salad Mangga :

  • Gaulkan kesemua bahan-bahan untuk perasa masukkan garam, lada hitam dan jus limau.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, January 5, 2012

Kek Coklat Kelapa dan Anggur - Ezani


Bahan-bahan Kek Coklat :
  • 100gm Coklat Hitam
  • 100gm Mentega
  • 2 biji Telur Kuning
  • ¼ cawan Gula Kaster
  • ½ cawan Tepung Gandum
  • 2 biji Telur Putih
  • ½ cawan Kelapa Segar (diparut dan dibakar)
  • 8 biji Anggur (dibelah separuh)

Bahan-bahan Sabayon Vanilla :
  • 2 biji Telur Kuning
  • 2 sudu besar Gula Kaster
  • 2 titik Esen Vanilla

Cara-cara Penyediaan Kek Coklat :
  • Cairkan coklat dan mentega.
  • Pukul telur kuning bersama gula sehingga kembang, gaulkan campuran coklat ke dalam telur kuning.
  • Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.
  • Pukul telur putih sehingga kembang dan masukkan telur putih yang telah kembang ke dalam adunan telur dan tepung tadi.
  • Sediakan acuan kek dengan menyapu mentega di dalam acuan. Lapikkan bahagian bawah dengan kertas minyak, letakkan beberapa potongan anggur di dalam acuan.
  • Tuangkan adunan kek ke dalam acuan dan bakar kek dalam ketuhar 160C selama 15 minit.

Cara-cara Penyediaan Sabayon Vanilla :
  • Pukul telur kuning dan gula sehingga separuh kembang di dalam mangkuk.
  • Masak telur kuning sambil tumis memukul di atas air mereneh (double boiler). Pukul sehingga telur kembang dan pekat.
  • Masukkan vanilla dan kacau sehingga sebati.

Wednesday, January 4, 2012

Tortellini - Kumpulan Biru Merah


Bahan-bahan Doh Pasta :
  • 7 biji Kuning Telur
  • 1 biji Telur (kuning dan putih telur)
  • 240gm Tepung
  • 1 sudu besar Susu Segar
  • 2 sudu besar Minyak ‘Truffle’
  • 1 sudu besar Garam Laut
  • Sedikit Tepung (untuk ditabur)

Bahan-bahan Mentega Bakar :
  • 12 ekor Ikan Bilis
  • 100gm Mentega (dipotong dadu)
  • 3 sudu besar Daun Thyme (dibasuh)
  • 2 biji Jus Lemon

Bahan-bahan Tomato Ceri 'Confit' :
  • 40 biji Ceri Tomato
  • 1 liter Minyak Zaitun
  • 1 sudu besar Garam Laut
  • 6 biji Lada Hitam
  • 6 tangkai Daun Thyme
  • 6 ulas Bawang Putih

Bahan-bahan Bahu Kambing :
  • 1bahagian Daging Bahu Kambing
  • 8 sudu besar Daun Thyme (dihiris halus)
  • 5 sudu besar Bawang Putih Cincang
  • 8 sudu besar Garam Laut
  • 2 sudu besar Lada Hitam

Bahan-bahan Tumisan :
  • 5 liter Stok Kambing Perang
  • 4 biji Bawang Besar Holland (dipotong dadu)
  • 3 batang Daun Saderi (dipotong dadu)
  • 4 biji Lobak (dipotong dadu)
  • 10 tangkai Daun Thyme
  • 8 tangkai Rosemary
  • 6 biji Tomato Roma Masak (dipotong dadu)
  • 6 ulas Bawang Putih
  • 12 biji Lada Hitam

Bahan-bahan Buah Zaitun Panggang :
  • 40 biji Biah Zaitun Kalamata (dibasuh dan dikeringkan seketika)
  • ¼ cawan Minyak Zaitun
  • 2 ulas Bawang Putih (dihiris halus)
  • 2 biji Cili Merah (dibuang bijinya dan dibasuh)
  • 1 sudu besar Gula Kastor
  • ½ biji Lemon (dipotong kepada kepingan nipis)

Cara-cara Penyediaan Doh Pasta :
  • Taburkan 240gm tepung diatas meja dan betukkan seperti gunung. Kemudian buatkan lubang dalam ditengah-tengahnya.
  • Kemudian masukkan telur (kuning telur dan seluruh telur), susu, minyak ‘truffle’ dan garam laut ditengah–tengah lubang dibuat tadi. Gaul ke semua bahan tersebut. (jangan gaul dengan tepung dahulu)
  • Dengan menggunakan tangan, gaulkan sedikit demi sedikit tepung dengan adunan telur tersebut.
  • Gaul sehingga betul-betul sebati.
  • Uli adunan tepung tersebut sehingga menjadi doh. Teruskan uli selama 15 minit.
  • Kemudian balutkan doh dengan pembalut plastic dan letakkan ke dalam peti ais seketika.

Cara-cara Penyediaan Mentega Bakar :
  • Panaskan kuali dan masukkan mentega. Masak sehingga menjadi warna keperangan.
  • Kemudian masukkan ikan bilis dan gaulkan.
  • Masukkan daun thyme dan masukkan jus lemon.
  • Apabila buih telah naik, angkat dan hidangkan serta merta.

Cara-cara Penyediaan Tomato Ceri 'Confit' :
  • Letakkan Tomato Ceri di dalam kuali 'sauce' yang sesuai. Masukkan minyak zaitun sehingga tomato ceri itu tenggelam di dalam minyak zaitun.
  • Masukkan garam, lada hitam, thyme dan bawang putih.
  • Nyalakan api yang sederhana dan letakkan kuali tersebut diatasnya. Biarkan minyak tersebut mereneh.
  • Kemudian besarkan api dan biarkan mendidih.
  • Kemudian ketepikan kuali tersebut dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Bahu Kambing :
  • Sapukan dengan rata thyme, garam, bawang putih dan lada hitam pada daging bahu kambing. Biarkan diperap selama 30 minit.
  • Setelah daging kambing tersebut diperapkan, golekkan dalam tepung dan goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Goreng sehingga bahagian luar rangup. Angkat dan pindahkan ke dalam kuali yang dalam/periuk.
  • Tumis sayur-sayuran dalam minyak sedikit dalam kuali yang sama berat sehingga perang keemasan. Angkat dan tuangkan di atas daging kambing dan masukkan stok, anggur, tomato dan herba. Daging perlu tenggelam dalam stok, jika tidak tambah stok lagi.
  • Tutup periuk / kuali tersebut dengan kertas 'baking' and 2 lapisan pembalut aluminium.
  • Masukkan ke dalam ketuhar dan biarkan ia masak pada suhu 130C selama 3 jam.
  • Setelah itu, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 1 jam 30 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Buah Zaitun Panggang :
  • Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
  • Panaskan Minyak Zaitun dalam kuali. Kemudian masukkan buah zaitun kalamata dan tumis selama 2 hingga 3 minit.
  • Selepas itu, masukkan gula, cili merah, bawang putih dan lemon.
  • Gaul sebentar dan angkat dan ketepikan.
  • Kemudian masukkan ke dalam ketuhar selama 8 hingga 10 minit atau sehingga kulit buah zaitun sedikit kecut.
  • Keluarkan kuali tersebut dari ketuhar dan biarkan seketika selama 10 minit.
  • Kemudian masukkan thyme dan gaul sedikit dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Filo Berkristal - Kumpulan Biru Merah


Bahan-bahan Beri Hitam :
  • 2 bakul Beri Hitam
  • 200gm Gula Kastor
  • 200ml Air
  • 3 hiris Lemon
  • ½ sudu kecil Estrak Vanila

Bahan-bahan Pastri Krim :
  • 600ml Susu Segar
  • 1 sudu kecil Estrak Vanila
  • 8 biji Telur Kuning
  • ½ cawan Gula
  • 6 sudu besar Tepung Jagung

Cara-cara Penyediaan Beri Hitam :
  • Masukkan gula, air dan strak vanilla ke dalam kuali. Masak kesemua bahan tersebut sehingga gula cair dan angkat dan ketepikan.
  • Kemudian masukkan hirisan lemon.
  • Kemudian tuangkan keatas beri hitam dan gaul dengan perlahan-perlahan.
  • Selepas itu, biarkan sejuk pada suhu bilik.

Cara-cara Penyediaan Pastri Krim :
  • Panaskan kuali dan masukkan susu segar dan estrak vanila. Biarkan mereneh dan masak seketika dan angkat dan ketepikan.
  • Sementara itu, pukul telur dan gula menggunakan 'mixer' elektrik sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung jagung dan pukul gaul semula menggunakan 'mixer' elektrik tersebut.
  • Kemudian masukkan sedikit susu yang dimasak tadi ke dalam adunan telur tadi. Gaul sehingga sebati menggunakan sudip. Sambil menggaul, masukkan sedikit demi sedikit baki susu yang telah dimasak tadi.
  • Setelah itu, masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk 'mixer' elektrik dan pukul pada kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi tebal/pekat.
  • Angkat dan biarkan seketika.

Monday, January 2, 2012

Sate Dua Jenis - Zamir


Bahan-bahan Sate Ayam :

  • 3 batang Serai (untuk batang sate)
  • Bahan-bahan Kisar:
  • 1½ bahagian Dada Ayam
  • 1 tangkai Cili Merah
  • 2 tangkai Cili Padi
  • 1 sudu besar Sos Ikan
  • 1 biji Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • 1 sudu kecil Gula
  • 1 sudu kecil Lada Hitam



Bahan-bahan Sate Udang :

  • 6 ekor Udang Besar
  • 7 helai Daun Selasih Thai
  • 6 helai Daun Pudina
  • 1 sudu kecil Sos Ikan


  • 2 tangkai Cili Padi
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu kecil Lada Hitam
  • 3 batang Serai (untuk batang sate)



Bahan-bahan Sos Cicah :

  • 4 sudu besar Sos Ikan
  • 100ml Air
  • 1 tangkai Cili Merah (dihiris)
  • 1 tangkai Cili Padi (dihiris)
  • 3 sudu besar Gula



Bahan-bahan Kerabu Jambu Batu :

  • ¼ biji Jambu Batu (dipotong julienne)
  • ½ batang Timun (dipotong julienne)
  • ½ biji Tomato (dipotong julienne)
  • 1 biji Bawang Merah (dihiris nipis)
  • 2 sudu besar Sos Ikan
  • 2 biji Limau Nipis (jusnya)
  • 1 sudu besar Gula
  • 5 helai Daun Selasih (dimayang)
  • 6 helai Daun Pudina (dimayang)
  • 1 ½ helai Daun Limau Purut (dimayang)
  • 1 sudu besar Kacang Tanah (dipanaskan dan dihancurkan kasar)



Cara-cara Penyediaan Sate Ayam dan Udang :

  • Kisar bahan kisaran untuk sate ayam dan sate udang sehingga lumat.
  • Setelah itu, kepalkan isi ayam dan isi udang tadi pada batang serai.
  • Kemudian, masak sate ayam tadi selama 10-15 minit di atas ‘grill-pan’, manakala untuk sate udang, masak selama 7-10 minit.



Cara-cara Penyediaan Sos Cicah :

  • Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan masak selama 15-20 minit.
  • Ketepikan untuk hidangan.



Cara-cara Penyediaan Kerabu Jambu Batu :

  • Masukkan ke semua bahan ke dalam mangkuk kecuali kacang tanah dan gaul bahan-bahan sehingga sebati.
  • Akhir sekali, taburkan kacang tanah tadi di atas kerabu.

Thai Nasi Goreng Nenas - Amita


Bahan-bahan Thai Nasi Goreng Nenas :

  • 2 mangkuk Nasi Putih (disejukkan)
  • 1 biji Bawang Merah (dipotong dadu)
  • ¼ biji Nenas (dipotong dadu)
  • ½ biji Lobak Merah (dipotong dadu)
  • ¼ biji Lada Bengala
  • Bawang Putih (dicincang)
  • Cili Merah (dicincang)
  • 4cm Kunyit (ditumbuk lumat)
  • 2 biji Telur
  • 4 sudu besar Minyak Masak
  • 2 sudu besar Serbuk Cili
  • 1 sudu besar Sos Ikan
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 ekor Udang Besar (dipotong kecil)
  • 1 ekor Sotong (dipotong kecil)
  • 1 sudu kecil Garam


  • ½ mangkuk Daun Selasih
  • 3 sudu besar Kacang



Cara-cara :

  • Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan tumis sehingga naik bau diikuti dengan lobak merah, kunyit, bawang putih, cili merah, lada benggala dan nenas.
  • Apabila semua bahan sudah masak, masukkan telur dan kacau sehingga masak.
  • Selepas itu, masukkan sotong dan udang dan masak sehingga separuh masak.
  • Kemudian, masukkan nasi, serbuk cili, sos ikan, sos tiram dan goreng sehingga semua serata.
  • Akhir sekali, masukkan garam mengikut cita rasa sendiri dan daun selasih. Masak sehingga daun selasih layu dan perisa sekata.