- 250gm Tepung Gandum
- 1 sudu besar Krim Keju
- 100gm Mentega
- 1 biji Telur
- 3 sudu Krim
Bahan-bahan Labu Savoury :
- 100gm Labu (dipotong dadu)
- 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
- 1 sudu kecil Serbuk Cili Kasar
- 3 sudu besar Minyak Neuvida
- 1 sudu kecil Lada Hitam
- 250ml Krim
- 2 biji Telur
- 1 sudu besar Mustard Dijon (kasar)
- Secukup rasa Garam
- ½ biji Bawang Holland (dipotong dadu)
Bahan-bahan Sos Krim Keju :
- 2 sudu besar Krim Keju
- 1 sudu besar Mustard Dijon
- 2 sudu besar Krim
Cara-cara Penyediaan Tart :
- Masukkan kesemua bahan ke dalam food processor dan kisarkan sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti kasar.
- Setelah itu, keluarkan adunan dan uli adunan menggunakan tangan sehingga menjadi satu doh yang agak keras.
- Biarkan rehat selama 10-15 minit jika ada masa.
- Setelah itu, potongkan sedikit doh dan mengikut saiz yang dikehendaki dan leperkan senipis 1cm.
- Masukan doh ke dalam acuan dan bakar selama 15-20minit pada suhu 170–180C.
- Selepas itu keluarkan dari ketuhar dan ketepikan untuk membiarkan ia sejuk sebentar.
Cara-cara Penyediaan Labu Savoury :
- Perapkan labu bersama serbuk jintan putih, serbuk cili kasar, lada hitam, garam dan minyak neuvida.
- Selepas 5 minit, masak labu selama 10 minit atau sehingga empuk.
- Sambil itu, masak bawang holland juga selama 2 minit.
- Setelah labu masak, kisarkan sehingga halus.
- Kemudian, campurkan labu kisar dan bawang bersama krim, telur, mustard dijon dan garam dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan inti ke dalam kulit tart tadi dan bakar semula suhu 170C selama 10 minit.
Cara-cara Penyediaan Sos Krim Keju :
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
No comments:
Post a Comment