Tuesday, December 13, 2011

Plater Udang Getak - Azlina


Bahan-bahan Sos Cili Limau :
  • 1 ekor Udang Getak (belah dua)
  • 1 biji Limau Nipis (jusnya)
  • 1 batang Cili (dicincang)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • Gula dan Minyak

Bahan-bahan Sos Coklat Putih :
  • 1 ekor Udang Getak (dibelah dua)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil Bawang (dicincang)
  • ½ sudu kecil Coklat Putih
  • 2 sudu besar Krim
  • 1 sudu kecil Mentega

Bahan-bahan Sos Mentega Bawang Putih dan Keju :
  • 1 ekor Udang Getak (dibelah dua)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil Bawang (dicincang)
  • 1 sudu besar Krim
  • 1 sudu besar Mentega
  • 1 sudu besar Tomato (dicincang)
  • 1 sudu besar Keju Cheddar (disagat)

Cara-cara Penyediaan Sos Cili Limau :
  • Campurkan limau nipis, cili, bawang putih dan gula.
  • Perapkan udang dengan campuran selama 5 minit.
  • Panggangkan di atas pan-grill sehingga masak.
  • Campurkan minyak ke dalam lebihan perapan dan kacau sebati.
  • Tuangkan di atas udang yang masak.

Cara-cara Penyediaan Sos Coklat Putih :
  • Rebuskan udang getak selama 5 minit. Masukkan oven untuk 10 minit.
  • Tumiskan bawang putih dalam mentega dan tuangkan krim.
  • Masukkan coklat putih dan kacau sampai rata. Tuangkan ke atas udang getak yang masak.

Cara-cara Penyediaan Sos Mentega Bawang Putih dan Keju :
  • Rebuskan udang getak selama 5 minit.
  • Tumiskan bawang putih dalam mentega dan tuangkan krim.
  • Letakkan sos atas udang getak.
  • Taburkan keju dan tomato dan masak dalam ketuhar untuk 10 minit.

No comments:

Post a Comment