Tuesday, December 20, 2011

Kupang Masam Pedas - Felix


Bahan-bahan :

  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 1 biji Bawang Merah (dipotong dadu)
  • 1 ulas Bawang Putih (dipotong dadu)
  • 1cm Halia (dipotong dadu)
  • 1 batang Cili Merah (dipotong dadu)
  • 3 sudu besar Daun Ketumbar (dihiris)
  • 1 sudu teh Tepung Beras (dibancuh dengan ¼ cawan air)
  • 10 biji Kupang (direbus dalam air hingga masak - siap dibersih dan dipilih)
  • Cuka



Cara-cara :

  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili hingga harum.
  • Masukkan sos tomato dan tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan daun ketumbar dan masukkan ½ cawan air.
  • Ubah rasa dengan garam, gula dan lada sulah, kalau tak cukup masam tambahkan sos tomato dan cuka.
  • Kemudian masukkan tepung beras yang telah dicampur air, sedikit demi sedikit ke dalam kuali tadi bagi memekatkan sos tersebut.
  • Masukkan kupang dan renehkan selama 2 minit, untuk bagi kepang meresap didalam sos.
  • Hidangkan sajian ini dengan nasi putih panas.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment