Monday, December 5, 2011

Sup Burung Puyuh dan Wantan Puyuh Goreng - Kamaruzzaman


Bahan-bahan Sup Burung Puyuh :
  • 1 ekor Burung Puyuh (dipotong 4)
  • ½ ibu jari Lengkuas dititik
  • 1 biji Kentang
  • Garam dan Gula
  • Lada Hitam
  • Lada Sulah
  • Cili Merah
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Daun Salari
  • Fucuk
  • Lobak Merah

Bahan-bahan Wantan Puyuh Goreng :
  • Burung Puyuh (diambil isi sahaja dan dipotong kecil)
  • Kulit Wantan
  • Bawang Besar (dipotong dadu kecil)
  • Bawang Putih (dipotong dadu kecil)
  • Lobak Merah (dipotong dadu kecil)
  • Cili Merah
  • Lada Hitam
  • Lada Sulah
  • Garam

Cara-cara Penyediaan Sup Burung Puyuh :
  • Panaskan kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelage dan lengkuas sehingga naik bau wangi.
  • Setelah itu, masukkan kentang kemudian masukkan daging burung puyuh. Gaul bahan sehingga rata dan perasakan bersama lada sulah dan lada hitam.
  • Kemudian masukkan lobak merah dan gaul rata.
  • Setelah itu, masukkan air danbiarkan mendidihkan.
  • Akhir sekali, masukkan saderi dan fucuk. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Apabila bahan-bahan sudah sebati dan masak, ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Wantan Puyuh Goreng :
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik wangi.
  • Kemudian, masukkan isi burung puyuh dan perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam.
  • Setelah masak, ketepikan untuk sementara.
  • Sediakan kulit wantan dan letakkan isi puyuh yang telah dimasak di atas kulit wantan.
  • Kemudian, basahkan keliling kulit wantan dengan air dan lipatkan menjadi dua. Pastikan bila dilipat tiada ruang udara.
  • Setelah siap, panaskan kuali bersama minyak, dan goreng wantan sehingga masak dan keperangan.
  • Sedia untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Tuangkan Sup Burung Puyuh ke dalam mangkuk hidangan dan hidangkan juga bersama Wantan Puyuh Goreng.
  • Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment