Friday, December 2, 2011

Sup Beri Berempah - Zamir


Bahan-bahan Sup Beri Berempah :
  • 500 ml Air
  • 150 gm Gula Kasar
  • 15 gm Kulit Lemon
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 biji Bunga Cengkih
  • 350 gm Campuran Strawberi, Beri Biru, Beri Hitam, Raspberi dan “Goose" Beri
  • 1 biji Jus Lemon
  • 1 sudu kecil Esen Vanila

Bahan-bahan Krim 'Mascarpone' Lemon :
  • 100 ml “Whipping” Krim
  • 50 ml Keju “Mascarpone”
  • 2 sudu besar Jus Lemon
  • 2 sudu besar Gula Aising

Cara-cara Penyediaan Sup Beri Berempah :
  • Didihkan air di dalam periuk dan masukkan gula, kulit kayu manis, bunga cengkih, kulit lemon, esen vanila, dan jus lemon selama 15 minit.
  • Setelah itu, masukkan ¾ campuran beri dan renehkan ia selama 10 minit iaitu sehingga rasa beri keluar tetapi tidak hancur.
  • Tapiskan ia dan ketepikan air rebusan beri/sup beri tersebut.
  • Sejukkan sup dan hiaskan ia dengan baki campuran beri segar tadi.

Cara-cara Penyediaan Krim 'Mascarpone' Lemon :
  • Pukul “whipping” krim sehingga kembang/naik 2 kali ganda.
  • Kemudian, pukul keju “mascarpone” bersama jus lemon dan gula aising. Gaul rata bersama “whipping” krim tadi secara perlahan-perlahan supaya krim tadi hilang anginnya.

Susunan Hidangan :
  • Hidangkan sup di dalam mangkuk hidangan bersama krim “mascarpone” lemon.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment