Thursday, December 1, 2011

Stik Grill, Sayuran dan Bawang Tumis dan Sos Cendawan


Bahan-bahan Stik Grill :
  • Stik
  • Bawang Kuning
  • Keju Parmesan
  • Gula dan Garam
  • Lada Hitam

 Bahan-bahan Sayuran dan Bawang Tumis :
  • Tomato Ceri
  • Zucchini Kuning (dipotong memanjang)
  • Zucchini Hijau(dipotong memanjang)
  • Buah Zaitun (dipotong halus)
  • Buah Pic (dipotong dadu)
  • Cili Jeruk (dipotong halus)
  • Asparagus

 Bahan-bahan Sos Cendawan :
  • Ceram
  • Cendawan (dipotong kecil)

 Bahan-bahan Puff Parmesan :
  • Puff Doh (dipotong panjang)
  • Keju Parmesan

 Cara-cara Penyediaan Stik Grill :
  • Perap stik dengan garam dan lada hitam. Kemudian grill sampai ia masak dan potong mengikut cita rasa sendiri.
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang kuning bersama garam, gula dan lada hitam sehingga layu.
  • Masukkan daging dan gaul sehingga rata.
  • Ketepikan untuk dihidang.

 Cara-cara Penyediaan Sayuran dan Bawang Tumis :
  • Panaskan periuk bersama air sehingga mendidih dan masukkan zuchinni (kuning dan hijau) dan asparagus.
  • Campurkan buah pic, cili jeruk, buah zaitun dan tomato ceri.
  • Ketepikan untuk dihidang.

 Cara-cara Penyediaan Sos Cendawan :
  • Potong cendawan kemudian tumis sampai layu, setelah layu tuang ceram dan tambah dengan minyak stik ke dalam pan grill.
  • Ketepikan untuk dihidang.

 Cara-cara Penyediaan Puff Parmesan :
  • Sapukan puff dengan minyak dan taburkan keju parmesan diatasnya.
  • Kemudian, gulung puff doh dan bakar ia didalam ketuhar selama 15 minit.
  • Ketepikan untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment