Thursday, December 1, 2011

Stik Daging Ribeye Dengan Ragu Cendawan - Felix


Bahan-bahan Ragu Cendawan :
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 2 sudu besar Daun Parsli (dicincang halus)
  • 10 biji Cendawan Butang
  • 1 cawan Stok Ayam
  • 1 sudu Mentega
  • 1/4 cawan Krim

Bahan-bahan Stik Daging :
  • Daging Ribeye
  • Keju Parmesan
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Komplot Lada Benggala :
  • 1 biji Lada Benggala Merah(dipotong julienne)
  • 1/2 cawan Stok Ayam
  • 1/2 biji Bawang Merah (dihiris)
  • 1/2 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 sudu besar Daun Pasli (dicincang)
  • Bahan Pastri Puff Strip:Pastri Puff

Cara-cara penyediaan Ragu Cendawan :
  • Tumiskan bawang putih dan cendawan di atas kuali sehingga wangi.
  • Masukkan daun parsli, stok ayam dan krim dan reneh hingga hampir kering.
  • Akhir sekali,masukkan mentega.

Cara-cara Penyediaan Stik Daging :
  • Salutkan daging dengan sedikit garam dan lada hitam.
  • ‘Sear’ daging di kedua-dua bahagian sehingga warna perang.
  • Letakkan ragu cendawan, dan taburkan keju parmesan di atas daging dan masukkan ke dalam ketuhar selama 35 minit dengan suhu 100 darjah celcius.
  • Keluarkan daging dari ketuhar dan biar seketika.

Cara-cara Penyediaan Komplot Lada Benggala :
  • Goreng semua bahan kering dengan sedikit minyak hingga wangi.
  • Masukkan stok ayam dan reneh hingga hampir kering.
  • Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.

Penyediaan Pastri Puff Strip:Potong pastri puff dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 220 darjah celcius hingga warna kuning keemasan.

No comments:

Post a Comment