Wednesday, December 7, 2011

Roti Bakar Keju & Kentang Bakar - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Roti Bakar Keju :
  • Roti Perancis (dipotong)
  • Mentega
  • Keju lembut (Crème Cheese)

Bahan-bahan Kentang Bakar :
  • Kentang Russet (dipotong 6 bahagian)
  • Mentega (dalam suhu bilik)
  • Garam
  • Kertas Aluminium

Bahan-bahan Sos Perang Rosemary :
  • ½ cawan Serbuk Sos Perang
  • 1 cawan Air
  • 3 tangkai Rosemary

Cara-cara Penyediaan Roti Bakar Keju :
  • Sapukan mentega dan keju pada roti perancis pada sebelah saja dan bakar kedua-dua permukaan sehingga ranggup.
  • Sedia dihidangkan bersama Daging Panggang dan Sos Perang Rosemary.

Cara-cara Penyediaan Kentang Bakar :
  • Sapukan mentega pada potongan kentang dan perisa dengan garam secukupnya.
  • Balutkan kentang dengan kertas aluminium dan bakar sehingga kentang menjadi lembut.

Cara-cara Penyediaan Sos Perang Rosemary :
  • Campurkan semua bahan-bahan di atas dan reneh sehingga sekata, pekat dan rosmerry sudah sebati dengan sos.
  • Tapis sos supaya tiada sisa-sisa rosemary.

Kumpulan Merah: Danial(Ketua), Amita, Deena, Wahidan, Shahriah, Zuraidah, Zamir

No comments:

Post a Comment