Monday, December 5, 2011

Puyuh Berdua - Deena


Bahan-bahan Puyuh Panggang :
  • 1 ekor Burung Puyuh
  • 1 biji Jus Buah Delima
  • Kentang (potong dadu)
  • Lobak (potong dadu)
  • Bawang Besar (potong dadu)
  • Lengkuas (dihiris nipis)
  • Herba Rosemary (dicincang kasar)
  • Bawang Putih (dicincang halus)
  • Telur (direbus)
  • Gula
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Puyuh Bersalut Fucuk Goreng :
  • 1 ekor Isi burung Puyuh (dicincang halus)
  • 1 batang Lobak (cincang halus)
  • 1 biji Bawang Besar (cincang halus)
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Santan
  • Fucuk
  • Kulit Wantan

Bahan-bahan Sos :
  • 1 biji Jus Buah Delima
  • Gula
  • Lengkuas (hiris nipis)
  • Cili Padi (diketuk)

Cara-cara Penyediaan Puyuh Panggang :
  • Perapkan burung puyuh selama 15 minit dengan jus delima, bawang putih, lengkuas, rosemary, dan perasakan dengan gula, garam dan lada hitam.
  • Kemudian, gaulkan kentang, lobak dan bawang besar dengan lebihan perapan jus delima dan letakkan di atas dulang pembakar.
  • Selepas itu, sumbatkan telur rebus di dalam burung puyuh, kemudian susunkan di atas himpunan lobak, kentang dan bawang.
  • Renjiskan minyak neuvida di atas burung puyuh dan bakar di dalam ketuhar selama 25 minit dengan suhu 180c.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Puyuh Bersalut Fucuk Goreng :
  • Gaulkan daging puyuh yang telah dicincang dengan lobak, bawang besar, santan dan perasakn bersama garam dan lada hitam.
  • Pada masa yang sama, celurkan fucuk di dalam air panas.
  • Kemudian, balutkan adunan daging cincang dengan fucuk dan juga dalam kulit wantan.
  • Goreng di dalam minyak panas sehingga warna keemasan.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Renehkan jus delima dengan gula, cili padi dan lengkuas sehingga menjadi sos yang pekat.
  • Hidangkan di atas pinggan.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan puyung panggang dan puyuh bersalut fucuk goreng di atas pinggan hidangan.
  • Tuangkan sos di atas pinggan atau di dalam mangkuk (mengikut citarasa).
  • Sedia untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment