Thursday, December 1, 2011

Puff Cendawan Daging & Manisan Buah Pear - Wahidan


Bahan-bahan Puff Cendawan Daging :
  • Daging (dipotong dadu)
  • Bawang Besar (dihiris)
  • Bawang Putih (dihiris)
  • Daun Limau Purut
  • Cendawan
  • Garam dan Gula
  • Lada Sulah

Bahan-bahan Manisan Buah Pear :
  • Buah Pear (dibuang biji dengan cara menebuk lubang di bawah buah pear)
  • Air
  • Gula

Cara-cara Penyediaan Puff Cendawan Daging :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut dan cendawan.
  • Tumiskan bahan-bahan tersebut selama 5 minit, kemudian masukkan daging dan sedikit air.Biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga daging itu empuk.
  • Apabila daging sudah empuk, angkat dan ketepikan.
  • Kemudian, apabila daging sudah sejuk,letakkan di atas doh puff.
  • Sapukan sedikit air untuk melekatkan doh dan lipat doh berbentuk segiempat dan tekan tepi puff menggunakan garpu.
  • Akhir sekali, letakkan di atas dulang dan masukkan ke dalam ketuhar selama 20 minit selama 180 darjah celcius.

Cara-cara Penyediaan Manisan Buah Pear :
  • Didihkan air bersama gula dan masukkan buah pear. Reneh sehingga empuk selama 15 minit.
  • Kemudian, angkat untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment