Thursday, December 1, 2011

Popia Basah - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Popia Basah :
  • 1 biji Sengkuang (dipotong halus)
  • 1 batang Lobak Merah (dipotong halus)
  • 1 jambak Daun Salad
  • 1 cawan Sebuk Kacang Tanah
  • 1 cawan Bawang Merah Goreng
  • 1 labu Bawang Putih (dicincang)
  • ½ cawan Udang Kering (dikisar halus)
  • 2 sudu besar Kicap Pekat
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • 3 sudu besar Minyak Masak
  • 1 bungkus Kulit Popiah
  • 5 biji Telur Goreng (dihiris)

Bahan-bahan Sos Cili :
  • 1 cawan Sos Cili Maggi
  • ½ cawan Sos Tomato Maggi
  • 4 tangkai Cili Merah Hidup
  • 4 biji Bawang Merah Kecil
  • 2 biji Bawang Putih

Cara-cara Penyediaan Popia Basah :
  • Tumis bawang putih sehingga keemasan, kemudian masukkan udang kering.
  • Apabila udang kering sudah naik harumnya, masukkan lobak merah dan sengkuang.
  • Masukkan kicap pekat, garam dan gula secukup rasa.
  • Masak semua bahan-bahan sehingga air daripada sengkuang sudah kering atau sengkuang sudah masak dan lembut.
  • Gaulkan telur goreng yang dihiris bersama campuran tadi.
  • Letakkan 1 helai daun salad di atas kulit popiah. Kemudian 2 sudu besar capuran tadi, taburkan serbuk kacang tanah dan bawang merah goreng.
  • Gulungkan kulit popiah seperti di bawah.

Cara-cara Penyediaan Sos Cili :

Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mesin pengisar dan kisarkan semua bahan-bahan sehingga sebati.

Kumpulan Biru: Saiful(Ketua Kumpulan), Amita, Kamaruzzaman, Felix, Deena, Danial, Ezani, Zuraidah, Wahidan.

No comments:

Post a Comment