Thursday, December 1, 2011

Pisang Goreng Sambal Kicap - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Pisang Goreng :
  • Pisang Awak
  • 1kg Tepung Gandum
  • 1kg Tepung Beras
  • 250g Tepung Jagung
  • 1 cawan Air Kapur
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan Sambal Kicap :
  • 3 biji Cili Merah
  • 5 ulas Bawang Putih (dipotong dadu kecil)
  • 2 sudu besar Kicap Masin Pekat
  • 3 sudu besar Gula

Cara-cara Penyediaan Pisang Goreng :
  • Pisang awak dipotong 4. Setelah dipotong gaulkan dengan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, air kapur dan garam secukup rasa.
  • Goreng dan hidangkan dengan sambal kicap.

Cara-cara Penyediaan Sambal Kicap :
  • Cili merah yang telah diricik gaul dengan kicap masin pekat kemudian masukkan bawang putih gaulkan.
  • Akhir sekali taburkan gula secukup rasa untuk seimbangkan rasa sambal kicap.

Kumpulan Biru: Saiful(Ketua Kumpulan), Amita, Kamaruzzaman, Felix, Deena, Danial, Ezani, Zuraidah, Wahidan.

No comments:

Post a Comment