Thursday, December 1, 2011

Moo Moo Yums - Imelda


Bahan-bahan Daging :
  • 3 keping Daging
  • 5 biji Lada Hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu Sos Tiram
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • Gula

Bahan-bahan Sos Cendawan :
  • 6 biji Cendawan (dikisar)
  • 3 biji Cendawan (dihiris)
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1 biji Bawang Besar
  • Garam
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Pear Karamel :
  • Buah Pear (dihiris tebal)
  • Lemon
  • Gula
  • Kulit Kayu Manis

Cara-cara Penyediaan Daging :
  • Gaulkan daging dengan semua bahan dan perapkan selama 20 minit.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masak daging selama seminit sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Sos Cendawan :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar,cendawan yang dikisar dan yang dihiris. Masak sehingga kekuningan.
  • Kemudian, masukkan krim dan biarkan masak dan menjadi sos.
  • Perasakan bersama garam dan lada hitam secukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Pear Karamel :
  • Panaskan kuali dan masak buah pear bersama lemon, kulit kayu manis dan gula sehingga keperangan dan menjadi karamel.
  • Ketepikan untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment