Thursday, December 1, 2011

Daging Panggang Halia dan Madu - Kamaruzzaman


Bahan-bahan Daging Panggang :
  • Daging Ribeye
  • Bawang Merah Kecil (dikisar halus)
  • Bawang Putih (dikisar halus)
  • Halia
  • Madu
  • Garam
  • Gula
  • Lada Hitam

Bahan-bahan Sos Cendawan :
  • Cendawan Butang
  • Bawang Merah Kecil (dipotong dadu kecil)
  • Bawang Putih (dipotong dadu kecil)
  • Cili jalapeno (dipotong dadu kecil)
  • Lada Hitam
  • Garam
  • Gula
  • Krim ‘Whip’

Cara-cara Penyediaan Daging Panggang :
  • Kisarkan bawang merah kecil bersama bawang putih sehingga halus dan campurkan madu.
  • Selepas itu, perapkan daging ‘ribeye’ bersama bahan tumisan selama 30 minit.
  • Kemudian, panggang ia menggunakan pan grill selama purata 6 - 9 minit bagi setiap bahagian).
  • Ketepikan untuk dihidang.
  • Simpan sisa minyak yang telah dicampurkan air untuk membuat sos cendawan.

Cara-cara Penyediaan Sos Cendawan :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian, masukkan cendawan butang dan cili jalapeno. Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata dan masukkan “whip” krim dan gaul sehingga sebati.
  • Taburkan lada hitam, garam, gula dan masukkan sisa minyak daging panggang yang dicampur air tadi kedalam bahan-bahan tadi.

No comments:

Post a Comment