Friday, December 2, 2011

Ketayap Campuran Beri dan Keju Parmesan - Saiful


Bahan-bahan :
  • Tepung
  • Campuran Beri
  • Krim
  • Telur
  • Daun Pandan
  • Keju Parmesan
  • Gula
  • Garam
  • Vanila

Cara-cara :
  • Masukkan tepung di dalam mangkuk bersama krim, telur, garam, gula dan air dan pukul ia sehingga sebati dan tidak terlalu pekat.
  • Pada masa yang sama, masak air dan masukkan semangkuk gula, daun pandan dan campuran beri.
  • Selepas itu, panaskan kuali, dan masak adunan tadi menjadi bentuk bulat seperti lempeng dengan menggunakan senduk yang dalam.
  • Apabila adunan tadi masak, letakkan campuran beri tadi di atas adunan dan gulungkan ia. Keluarkan dan ketepikan.
  • Dengan menggunakan kuali yang lain, panaskan keju parmesan dan biarkan ianya kering.

Susunan Hidangan :
  • Susun ketayap campuran beri di atas pinggan hidangan.
  • Hidangkan bersama parmesan cis dan campuran beri (beri hitam, raspberi, beri biru) yang dihias di atas pinggan hidangan.

No comments:

Post a Comment