Friday, December 2, 2011

Kenangan Empuk Buahan Beri - Kamaruzzaman


Bahan-bahan (Separuh Diricik dan Separuh Lagi Dijadikan Puri) :
  • Raspberry
  • Strawberry
  • Blueberry
  • Gooseberry

Bahan-bahan Lain :
  • 200gm Mentega
  • ½ Mangkuk Kecil Gula
  • 1 kotak besar Wrap Krim
  • Almond
  • Roti Ciabatta

Cara-cara :
  • Putarkan mentega dan gula hingga sebati, setelah itu masukkan krim sedikit demi sedikit, putar sehingga gebu.
  • Kemudian, buang kulit luar Roti Ciabatta dan bahagian dalam dipotong mengikut saiz loyang. Jadikan untuk 3 lapisan.
  • Rendamkan roti di atas pes campuran beri.
  • Kemudian, susunkan bahagian roti di dasar acuan terlebih dahulu, kemudian lapisan kedua disapu dengan krim.
  • Di atas krim letakkan buahan beri mengikut susunan, seterusnya dilapis dengan roti yang telah diperapkan.
  • Teruskan mengikut seperti turutan pertama hinggalah lapisan di atas adalah krim putar sebagai lapisan terakhir.
  • Setelah siap semua lapisan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment