Friday, December 2, 2011

Cupcake Blueberry Vanilla dan Compote Strawberry & Raspberry - Ary Malik


Bahan-bahan Cupcake Blurberry Vanilla :
  • 120gm Mentega
  • ¾ Gula
  • 1 ½ sudu teh Esen Vanila
  • 2 biji Putih Telur
  • 2 biji Kuning Telur
  • 1 ½ cawan Tepung Gandum (diayak)
  • Pewarna Merah
  • “Blueberry”

Bahan-bahan Compote Strawberry dan Raspberry :
  • 1 ½ cawan Air
  • ¾ cawan Gula
  • ½ biji Jus Lemon
  • ½ sudu teh Vanilla
  • “Strawberry” (dipotong kasar)
  • “Raspberry” (dipotong kasar)

Cara-cara Penyediaan Cupcake Blueberry Vanilla :
  • Pukul telur putih sehingga kembang dan biarkannya sebentar.
  • Dengan menggunakan mangkuk yang lain, pukul mentega bersama gula sehingga sebati. Masukkan kuning telur, esen vanila dan tepung ke dalamnya.
  • Selepas itu, masukkan pula “blueberry” dan putih telur yang telah diputar sehingga kembang tadi secara perlahan-perlahan.
  • Akhir sekali, bakarkannya dengan suhu 180 darjah celcius, selama 10 – 12 minit atau sehingga masak dan keperangan di atasnya.

Cara-cara Penyediaan Compote Strawberry dan Raspberry :
  • Panaskan periuk bersama air, dan renehkan buah “strawberry” dan “raspberry”.
  • Selepas itu, masukkan gula dan biarkan ia sehingga pekat dan masukkan perahan jus lemon.
  • Akhir sekali, masukkan vanila dan sejukkan ia.

Susunan Hidangan :

Susun “cupcakes” diatas pinggan dan hidangkan bersama compote “strawberry” dan “raspberry”.

No comments:

Post a Comment