Monday, December 5, 2011

Cawan Timun Lautan Darat - Ezani


Bahan-bahan Salad dan Timun Laut :
  • Timun Laut
  • Lada Benggala Merah, Kuning dan Hijau (dipotong dadu)
  • Lada Benggala Kuning (dipotong dadu)
  • Lada Benggala Hijau (dipotong dadu)
  • Cili Merah (dicincang)
  • Tembikai Susu (dipotong dadu)
  • Halia (diparut)
  • Jus Limau
  • Gula dan Garam
  • Bahan Cawan Timun: Timun

Bahan-bahan Sos Karamel :
  • Halia (dipotong kasar)
  • Bawang Putih (dipotong kasar)
  • Serai (dipotong kasar)
  • Cili Hijau (dipotong kasar)
  • Gula
  • Kicap Cair

Cara-cara Penyediaan Salad dan Timun Laut :
  • Panaskan periuk bersama air dan rebuskan timun laut selama 2 minit.
  • Kemudian, toskan dan dipotong dadu.
  • Selepas itu, masukkan timun laut ke dalam mangkuk besar bersama lada benggala, tembikai susu, halia dan jus limau.
  • Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  • Cara penyediaan Cawan Timun: Potong timun kepada bentuk kon dan korek isi timun dengan sudu supaya ia menjadi seperti cawan. Ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Sos Karamel :
  • Tumiskan hal, bawang putih, serai dan cili hijau sehingga naik bau wangi.
  • Kemudn, masukkan kicap cair, gula dan sedikit air.
  • Masak sehingga menjadi sos yang pekat.
  • Ketepikan untuk hidangan.

Susunan Hidangan :
  • Susunkan cawan timun bersama salad timun laut di atas pinggan hidangan.
  • Kemudian tuangkan sos di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment