Friday, December 2, 2011

Berrys Lasagna - Danial


Bahan-bahan Pasta Berrys Lasagna :
  • Pasta Lasagna
  • Keju “Mozzarella”
  • Gula
  • Campuran Beri
  • Air

Bahan-bahan Sos :
  • Krim
  • Mentega
  • Garam

Cara-cara Penyediaan Pasta Berrys Lasagna :
  • Panaskan periuk bersama air dan rebuskan pasta lasagna sehingga al-dante. Toskan pasta lasagna dan potong pasta tersebut kepada 3 bahagian.
  • Pada masa yang sama, panaskan periuk bersama sedikit air dan gula dan masukkan beri. Masak sehingga ia menjadi keperangan dan karamel, kemudian ketepikan.
  • Lapiskan pasta lasagna kepada 3 bahagian. Pada setiap lapisan, letakkan parutan keju “mozzarella” dan beri karamel.
  • Akhir sekali, masukkan ia kedalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 180 darjah celsius.

Cara-cara Penyediaan Sos :
  • Panaskan kuali bersama mentega dan masukkan sedikit air beri caramel dan krim.
  • Biarkan ia sekejap dan kemudian masukkan garam secukup rasa.

Susunan Hidangan :
  • Susun "Berrys Lasagna” diatas pinggan hidangan, dan hidangkan bersama sos.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment