Friday, December 2, 2011

Asam Pedas, Pucuk Dicita Ulam Mendatang - Shahriah


Bahan-bahan Nasi Putih :
  • Beras
  • Air

Bahan-bahan Asam Pedas Ayam Bersama Umbut Kelapa :
  • Isi / Dada Ayam (dipotong kecil)
  • Bunga Kantan (dibelah dua)
  • Umbut Kelapa (dihiris kecil)
  • Air
  • Air Asam Jawa (dikisar)
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Kunyit (dikisar)
  • Cili Kering (dikisar)
  • Belacan (dikisar)
  • Bawang Putih (dihiris)
  • Bawang Merah (dihiris)
  • Minyak
  • Gula
  • Garam

Bahan-bahan Bening Jantung Pisang :
  • Bawang Merah (ditumbuk lumat)
  • Bawang Putih (ditumbuk lumat)
  • Ikan Bilis (ditumbuk lumat)
  • Lada Hitam (ditumbuk lumat)
  • Jantung Pisang (ambil isi tengah yang lumat)
  • Lada Merah (dipotong empat)
  • Ais
  • Garam

Bahan-bahan Sambal Belacan :
  • Lada Merah
  • Belacan Bakar
  • Gula
  • Garam
  • Air Asam Jawa

Cara-cara Penyediaan Nasi Putih :
  • Masukkan beras kedalam periuk nasi, dan cuci bersih beras tersebut.
  • Selepas itu, masukkan air secukupnya dan masak ia sehingga menjadi nasi.

Cara-cara Penyediaan Asam Pedas Ayam Bersama Umbut Kelapa :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan bahan kisar kedalam bahan tumisan dan gaul ia sehingga sebati.
  • Selepas itu, masukkan air asam jawa dan air. Biarkan ia mereneh.
  • Akhir sekali, masukkan ayam, umbut kelapa dan bunga kantan dan gaul sehingga rata.
  • Keluarkan dan ketepikan untuk hidangan.

Cara-cara Penyediaan Bening Jantung Pisang :
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan lada hitam sehingga lumat.
  • Kemudian, panaskan periuk bersama air sehingga mendidih, dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama jantung pisang dan masak ia sehingga ia empuk.
  • Sesuaikan masa, angkat dan hidangkan.

Cara-cara Penyediaan Sambal Belacan :
  • Tumbuk lada merah bersama belacan bakar,gula dan garam sehingga lumat.
  • Perasakan bersama air asam jawa.

No comments:

Post a Comment