Friday, December 2, 2011

Masak Lemak Asam Umbut Kelapa - Wahidan


Bahan-bahan Nasi Putih :
  • Beras
  • Air

Bahan-bahan Umbut Kelapa :
  • Umbut Kelapa
  • Bawang Merah Kecil
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Daun Limau Purut
  • Belacan
  • Cili Padi
  • Ikan Masin (direndam)
  • Asam Jawa
  • Pati Santan
  • Limau Nipis

Bahan-bahan Sambal Belacan :
  • Belacan Bakar
  • Cili Padi
  • Bawang Merah Kecil
  • Bawang Putih
  • Limau Nipis
  • Garam
  • Gula

Cara-cara Penyediaan Nasi Putih :
  • Masukkan beras kedalam periuk dan cuci ia sehingga bersih.
  • Kemudian, masukkan sedikit air mengikut kesesuaian sukatan beras dan masak ia sehingga menjadi nasi dan ketepikan.

Cara-cara Penyediaan Umbut Kelapa :
  • Rebus umbut kelapa dengan sedikit garam untuk menghilangkan rasa pahit dan kelat. Selepas itu, tos kan ia dan ketepikan.
  • Kemudian, kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, daun limau purut, belacan dan cili padi, untuk dijadikan pes.
  • Panaskan kuali dan masak pes yang dikisar tadi sehingga naik bau wangi.
  • Selepas itu, masukkan air dan didihkan selama 8 mini dan masukkan umbut kelapa tadi bersama ikan masin.
  • Gaul sehingga rata, dan akhir sekali, masukkan pati santan, garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga ia sebati.
  • Ketepikan untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Sambal Belacan :
  • Masukkan kesemua bahan didalam lesung dan tumbuk ia sehingga menjadi pes.
  • Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment