Friday, December 2, 2011

Rusuk Kambing Panggang - Kumpulan Biru


Bahan-bahan Rusuk Kambing Panggang :
  • Tulang Rusuk Kambing
  • ‘Mustard’
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Rosemary
  • Bawang Putih

Bahan-bahan Bawang Putih 'Confit' :
  • 3 biji Bawang Putih
  • Garam dan Lada Hitam
  • Minyak Neuvida

Bahan-bahan Kentang Lenyek :
  • 12 biji Kentang
  • 100gm Mentega
  • 125ml Krim
  • Garam

Bahan-bahan Asparagus Panggang :
  • Asparagus
  • Lada
  • Garam
  • Minyak Neuvida
  • Lemon

Cara-cara Penyediaan Rusuk Kambing Panggang :
  • Bersihkan rusuk kambing sehingga tulang rusuk bersih.
  • Kemudian potong daging kambing yang tidak rata sehingga kelihatan kemas.
  • Perakan rusuk kambing dengan ‘mustard’, garam dan lada sulah sehingga 45 minit.
  • Setelah diperapkan, ikat rusuk kambing.
  • Panaskan kuali dan masak rusuk kambing sehingga garing sedikit.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 220°c selama 15 minit.
  • Letakkan rosemary dan bawang putih diatas dulang untuk memanggang dan kemudian letakkan rusuk kambing diatasnya.
  • Masak rusuk kambing tersebut pada suhu 220°c pada 10 minit pertama. Kemudian turunkan suhu kepada 180°c dan biarkan ia masak selama 10 minit.
  • Setelah masak, keluarkan rusuk kambing dari ketuhar dan rehatkan selama 10 minit.
  • Potong rusuk kambing dan sedia untuk dihidangkan.

Cara-cara Penyediaan Bawang Putih 'Confit' :
  • Bawang Putih yang telah dikupas kulitnya di campurkan dengan garam dan lada hitam. Gaul sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan bawang putih tersebut ke dalam dulang membakar dan tuangkan minyak sehingga menutupi bawang.
  • Masukkan kedalam ketuhar dan bakar pada suhu 200°c selama 40 minit.

Cara-cara Penyediaan Kentang Lenyek :
  • Rebus kentang yang telah dikupas kulitnya dan tambah sedikit garam. Rebus sehingga kentang lembut.
  • Apabila kentang telah masak dan lembut, toskan.
  • Lenyekkan kentang dan campurkan mentega, krim dan bawang putih ‘confit’.
  • Lenyekkan kesemua sehingga sebati.
  • Ubah rasa dengan garam.

Cara-cara Penyediaan Asparagus Panggang :
  • Buangkan serat pada asparagus dan rendamkan di dalam ais.
  • Tapis dan tambahkan lada, garam, minyak neuvida dan sedikit lemon.
  • Perapkan selama 40 minit dan panggang sehingga masak. Pastikan ia tidak masak terlalu lama untuk mengekalkan keranggupan asparagus tersebut.

Kumpulan Biru: Amita (Ketua Kumpulan), Shahriah, Imelda, Brian, Wahidan, Danial, Felix, Azlina.

No comments:

Post a Comment