Thursday, December 1, 2011

Kuey Teow Goreng dan Sambal Tumis - Kumpulan Merah


Bahan-bahan A :
  • 18 biji Bawang Kuning
  • 25 biji Bawang Putih
  • 1/2kg Cili Kering
  • 2 inci Belacan

Bahan-bahan B :
  • Bawang Kuning (dihiris)
  • 1 cawan Air Asam Jawa
  • Gula dan Garam
  • 4 ketul kiub Serbuk Ikan Bilis
  • Minyak

Bahan-bahan Kuey Teow Goreng :
  • 6 biji Bawang Kuning
  • 15 biji Bawang Putih (dipotong dadu)
  • Sambal Tumis
  • 10 bungkus Kuey Teow
  • 1 kg taugeh (dibuang ekor)
  • 2 ikat Daun Kucai (dipotong 1 inci panjang)
  • Isi Kerang
  • 1/2 cawan Kicap Pekat
  • 1/2 cawan Kicap Cair
  • 1 cawan Sos Tomato
  • Minyak Bijan
  • 4 sudu besar Lada Merah (dihiris)
  • Minyak
  • 4 biji Telur (dikacau)

Cara-cara Penyediaan Sambal Tumis :
  • Bahan-bahan A dikisar dengan halus.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
  • Masukkan air asam jawa, gula, garam dan sesuaikan rasa.
  • Masukkan bawang hiris dan bahan-bahan B yang lain.
  • Sesuaikan rasa.

Cara-cara Penyediaan Kuey Teow Goreng :
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bawang kuning dan bawang putih yang didadu.
  • Masukkan sambal tumis dan kacau rata.
  • Masukkan kuey teow, telur, kicap pekat, kicap cair, sos tomato dan gaul rata.
  • Masukkan kerang, kucai dan sesuaikan rasa.
  • Sebelum tutup api, masukkan taugeh gaul rata, angkat dan hidangkan.

Kumpulan Merah: Ary Malik(Ketua Kumpulan), Shahriah, Zamir, Nik Michael, Azlina, Raymond, Zahin, Imelda, Brian.

No comments:

Post a Comment