Friday, December 2, 2011

Creme Brulee - Kumpulan Biru


Bahan-bahan :
  • 1liter Krim Putar
  • 10 biji Telur Kuning
  • 1 sudu besar Esen Vanila

Cara-cara :
  • Masakkan krim putar bersama esen vanilla sehingga mendidih dan ketepikan.
  • Menggunakan teknik ‘Whisk’, pukul telur kuning dan gula sehingga sebati.
  • Semasa masih memukul (whisk) telur, tuangkan sedikit demi sedikit krim yang dimasak tadi.
  • Masukkan adunan kedalam bekas acuan dan masukkan kedalam ketuhar dan masak pada suhu 150°c selama 30 minit.
  • Setelah masak, biarkan ia sejuk pada suhu bilik, selama 10 minit.
  • Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 2 jam.
  • Setelah itu, keluarkan dan taburkan gula dengan rata di atasnya dan gunakan penunu bagas (blowtorch) untuk membakarnya menjadi gula hangus.
  • Sedia untuk dihidangkan.



Kumpulan Biru: Amita (Ketua Kumpulan), Shahriah, Imelda, Brian, Wahidan, Danial, Felix, Azlina.

No comments:

Post a Comment