Thursday, December 1, 2011

Bungkusan Daging Jalapeno & Acar Pear - Ary Malik


Bahan-bahan Acar Pear :
  • Pear (dipotong dadu)
  • 1 1/2 cawan Air
  • 4 sudu besar Gula Perang
  • 4 sudu besar Jus Lemon
  • 1 sudu teh Biji Lada Hitam (ditumbuk kasar)

Bahan-bahan Sayuran Zucchini dan Bawang Putih :
  • Zucchini Kuning (dipotong panjang)
  • Zucchini Hijau (dipotong panjang)
  • Bawang Putih
  • Serbuk Cili
  • Garam dan Lada Sulah
  • Chives (dipotong kecil)
  • Mentega

Bahan-bahan Bungkusan Daging Jalapeno :
  • 1 sudu teh ‘Balsamico’
  • Minyak
  • Daging (dihiris)
  • Cendawan (dihiris)
  • Bawang Putih
  • Jalapeno (dihiris)
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Pastri Puff (dibahagi kepada 4 petak)

Cara-cara Penyediaan Acar Pear :
  • Panaskan periuk bersama air dan rebuskan pear dengan suhu yang sederhana.
  • Apabila pear menjadi sedikit lembut, masukkan gula perang, jus lemon dan serbuk lada hitam.
  • Biarkan ia masak sehingga sedikit pekat.
  • Ketepikan dan sejukkan.

Cara-cara Penyediaan Sayuran Zucchini dan Bawang Putih :
  • Panaskan minyak dan masukkan sayuran zucchini kuning dan hijau.
  • Kemudian masukkan bawang putih dan perisakan ia bersama garam, lada sulah dan sedikit chili flakes.
  • Apabila masak, tutup api, dan masukkan mentega dan ‘chives’.
  • Ketepikan untuk dihidang.

Cara-cara Penyediaan Bungkusan Daging Jalapeno :
  • Panaskan kuali bersama minyak dan masukkan hirisan daging dan cendawan. Kemudian masukkan bawang putih dan hirisan jalapeno.
  • Tambahkan perisa garam, lada hitam, balsamico dan gaulsehingga rata. Kemudian,biarkan ia sejuk dan tepikan.
  • Selepas inti sejuk, letakkan inti daging pada bahagian tengah pastri. Sambungkan bucunya.
  • Akhir sekali, bakar ia selama 10 minit dengan suhu 180 darjah celcius atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment