Friday, December 2, 2011

Nasi Leek Bersantan & Ikan Cod Kukus - Kumpulan Merah


Bahan-bahan Nasi Leek Bersantan :
  • 2 cawan Beras Basmathi (direndam 15 minit)
  • 1 cawan Daun Leek (dicincang)
  • 2 cawan Santan Pekat
  • 1 cawan Air
  • 3 sudu besar Minyak Sapi (Ghee)
  • 1 sudu besar Minyak
  • 3 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 2cm Halia (dicincang)
  • Garam
  • Daun Pandan/Daun Pudina (untuk Aroma)

Bahan-bahan Ikan Cod :
  • Halia (dihiris halus)
  • Bawang Putih (dihiris halus)
  • Serai
  • Daun dan Batang Ketumbar
  • Kicap Cair
  • Gula
  • Minyak
  • Jus Limau

Bahan-bahan Pesto Basil :
  • Daun Basil
  • Kacang ‘Pine’ (dibakar)
  • Serai (dihiris halus)
  • Bawang Putih
  • Minyak
  • Garam
  • Jus Lemon

Bahan-bahan Salad Tomato :
  • Tomato (dipotong dua)
  • Bawang Putih (dicincang halus)
  • Daun Ketumbar (dicincang halus)
  • Minyak
  • Garam
  • Jus Lemon

Bahan-bahan Leek :

Leek

Cara-cara Penyediaan Nasi Leek Bersantan :
  • Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk.
  • Kemudian masukkan bawang putih dan halia dan goreng sehingga naik bau.
  • Masukkan daun leek yang dicincang dan beras basmathi dan kacau sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan santan, air dan garam.
  • Akhir sekali, masukkan daun pandan/ daun pudina untuk aroma.
  • Apabila air sudah agak kering, tutup periuk tersebut dan biarkan nasi masak.

Cara-cara Penyediaan Ikan Cod :
  • Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan biarkan ikan tersebut diperap dengan semua bahan.
  • Kemudian kukus ikan cod sehingga masak.

Cara-cara Penyediaan Pesto Basil :

Kisarkan kesemua bahan sehingga halus.

Cara-cara Penyediaan Salad Tomato :

Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.

Cara-cara Penyediaan Leek :

Leek dipotong halus (julienne) dan goreng hingga garing.

Kumpulan Merah: Zahin(Ketua Kumpulan), Zamir, Zuraidah, Saiful, Kamaruzzaman, Ezani, Deena, Ary Malik.

No comments:

Post a Comment