Friday, November 11, 2011

Udang Bom Ninja - Zamir & Zareer


Bahan-bahan :
  • Tepung gandum
  • Udang / Kupang
  • Serbuk roti
  • Mentega
  • Telur
  • Mayonis
  • Garam
  • Gula
  • Lada hitam
  • Bawang
  • Lemon
Cara-cara Membuat Udang Bom Ninja (Bebola) :
  • Masukkan tepung, air, sedikit garam, telur dan gula kedalam mangkuk.
  • Gaulkan campuran dan pukul menggunakan pemukul telur sehingga cair.
  • Potong bawang saiz dadu kecil.
  • Panaskan acuan separa bulat. Masukkan minyak dan ratakan sekeliling.
  • Tuang campuran tepung dan masukkan bawang.
  • Kupas dan potong udang mengikut saiz yang sesuai. Peram dengan lemon.
  • Masukkan udang kedalam campuran tepung yang separuh masak.
  • Kemudian campur serbuk roti dan seterusnya pusingkan / putarkan campuran tepung sehingga menjadi bola.
  • Tambahkan tepung cair atau/dengan serbuk roti jika perlu.
  • Untuk goreng, celupkannya kedalam minyak selama 5 saat.
Cara-cara Membuat Sos :
  • Tumiskan bawang (saiz dadu), mentega dan mayonis.
  • Tambahkan garam dan lada hitam sehingga cukup rasa.
  • Perah lemon.

No comments:

Post a Comment