Friday, November 18, 2011

Salad Suhun Warna-warni - Zamir


Bahan-bahan :
  • 1 Jagung
  • 5 Udang
  • 5 Minyak Neuvida
  • Segenggam Mee Suhun
  • 3 sudu besar Daun Ketumbar
  • 1 suhu besar Mentega
  • 5 Cili Merah
  • 3 Limau Nipis
  • ½ Timun
  • 1 sudu kecil serbuk Paprika
  • 1 Bawang Kuning Besar
  • Garam dan Lada secukup rasa
  • Secubit Gula

Cara-cara :
  • Untuk buat sos, gaulkan 2 biji jus limau nipis bersama 4 sudu minyak neuvida dan 2 suhu daun ketumbar dan gaul sehingga sebati.
  • Rebus jagung sehingga ¾ masak dan kemudian perap dengan cili dipotong dadu, mentega, sebiji jus limau dan garam.
  • Kemudian, bakar di atas kuali gril sehingga masak setiap bahagian dan asingkan butiran jagung dari batangnya.
  • Bawang kuning tadi juga dibakar sehingga masak dan dipotong dadu.
  • Cili merah dibakar di ketuhar selama 20 minit pada suhu 200’c atau sehingga kulitnya kehitaman.
  • Tanggalkan kulit cili dan potong dadu.
  • Potong timun sehingga dadu-dadu kecil.
  • Udang dibuang kulit, dibuang urat belakangnya dan kemudian perap bersama serbuk cili, jus limau, dan sedikit neuvida bersama sedikit garam.
  • Bakar udang sehingga masak dan ambil 3 ekor udang dipotong dadu, dan simpan selebihnya untuk hiasan.
  • Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment