Tuesday, November 29, 2011

Daging Batang Pinang Berkicap - Chef Johari



    BAHAN-BAHAN:
  • 150g Daging Batang Pinang
  • 300g Ubi Keledek
  • 100g Kacang Pis Segar
  • 3 batang Baby Kailan
  • 100g Cendawan Butang Segar
  • 1 biji Buah Tomato Segar
  • 1 batang Zucchini (Timun Italy) Hijau
  • 1 batang Zucchini (Timun Italy) Kuning
  • 250g Mentega
  • 4 sudu besar Kicap Cair
  • 2 sudu teh Kicap Pekat
  • 4-5biji Bawang Merah
  • 1 labu Bawang Putih
  • 2 sudu besar Cuka Epal
  • ½ sudu makan Jus Perahan Lemon
  • 2 biji Telur kuning

    CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING BATANG PINANG:
  • Perapkan daging batang pinang dengan menggunakan kicap pekat dan cair bersama sedikit lada hitam. Cincangkan sekali bawang putih dan perap bersama. Kemudian, masukkan didalam peti sejuk sehingga diperlukan.


    CARA-CARA PENYEDIAAN UBI KELEDEK:
  • Masukkan air sejuk, ubi keledek, hirisan bawang putih, bawang merah dan sedikit garam secukup rasa serta rebuskan ia sehingga air mendidih.
  • Kemudian keluarkan ubi keledek tersebut dan biarkan sehingga sejuk sedikit, dan kupaskan ubi keledek tersebut.
  • Panaskan krim segar dan kemudian, campurkan sekali bersama ubi kentang untuk dikisar sehingga lumat. Campurkan sekali garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Sesudah selesai, keluarkannya dan asingkan.


    CARA-CARA PENYEDIAAN SAYURAN UNTUK HIASAN:
    (Boleh disediakan sementara menunggu ubi direbus)
  • Buangkan kulit baby kailan, potong ia menjadi ukuran 3 inci. Rebus baby kailan tersebut dan masak. Angkat, dan letak didalam air berisi ais.
  • Kelarkan tomato berbentuk silang (x) , kemudian celurkan ia didalam air mendidih sehingga kulitnya menggelupas. Kemudian, angkat tomato tersebut dan rendamkannya didalam air berisi ais. Apabila tomato sudah sejuk, kupas kulit tomato dan potong tomato kepada 4 bahagian. Buang biji tomato tersebut, dan potong tomato berbentuk dadu kecil.
  • Rebuskan kacang pis sehingga masak dan rendamkan di dalam air berisi ais.
  • Zucchini (Timun Itali ) dihiris nipis memanjang.
  • Mayangkan cendawan (tidak terlalu nipis).
  • Panaskan “pans” bersama mentega dan masukkan cendawan. Goreng cendawan dalam tempoh masa ½ minit bersama sedikit kicap cair sebagai penambah rasa sehingga naik bau - tidak lembik dan tidak keras.


    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS 1:
  • Setengah labu bawang putih dicincang halus.
  • Setengah bawang merah dipotong dadu.
  • Panaskan periuk dengan minyak Neuvida, tumiskan bawang putih dan bawang merah tadi sehingga naik aroma.
  • Masukkan kicap cair dan pekat dan kacau sehingga ia menjadi pekat.
  • Masukkan air rebusan daging dan ridihkannya sehingga air rebusannya tinggal setengah. Kemudian, kacaukan ia dari semasa ke semasa.
  • Sebelum dihidangkan, tambah mentega sejuk kedalam sos bagi memekatkan lagi tekstur sos.


    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS 2:
  • Masukkan 2 biji kuning telur ke dalam mangkuk still. Biarkan ia sementara.
  • Gunakan 1 “pans” kecil, dan masukkan cuka epal, bawang merah, daun bay, lada putih dan masakkan menggunakan air rebusan sehingga ia menjadi jus, suku banyaknya.
  • Dalam masa yang sama, ambil 1 “pans” kecil yang lain, masukkan mentega 200gm (cairkan ke atas api, sehingga pecah lemak). Biarkan sejuk sehingga lemak mendap dibawah.
  • Kemudian, tuangkan jus rebusan tadi ke dalam kuning telur yang berada didalam mangkuk still dengan menggunakan penapis.
  • Selepas itu, pukulkan adunan tadi sehingga kembang didalam mangkuk keluli tahan karat yang diletak di atas periuk yang di gunakan untuk mencelur sayuran tadi. Teknik ini hanya menggunakan wap panas sebagai sumber haba.
  • Selepas itu, masukkan cairan mentega sahaja, secara perlahan-lahan ke dalam adunan dan pukul adunan secara berterusan sehingga cairan mentega tadi habis.
  • Hasilnya adalah 1 sos yang berkrim dan berlemak. Tambahkan juga sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah perasa. Selain itu campurkan perahan lemon dan hirisan kucai kedalam sos dan gaul sehingga rata.


    CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING BATANG PINANG:
  • Panaskan kuali pemanggang untuk memanggang daging batang pinang sehingga 1 minit untuk setiap muka daging tersebut (atas bawah).
  • Masukkan dalam oven 150 C selama 5 minit (tempoh masa mengikut citarasa masing-masing).
  • Potong daging batang pinang kepada 6 kepingan.


    UNTUK HIDANGAN:
  • Sayur (baby kailan dan kacang pis) yang disejukkan bersama air ais tadi, dicelurkan semula.
  • Di dalam “frying pan” lain, masukkan mentega dan lebihan bawang merah yang dicincang dan kemudian masukkan sayur yang dicelur tadi dan kacau sehingga rata dan asingkan.
  • Tuangkan ubi yang dilenyek tadi keatas pinggan.
  • Susun daging batang pinang yang telah dipotong tadi dan susun didalam pinggan.
  • Kemudian hias bersama sayuran (baby kalian, kacang pis, tomato, cendawan dan Zuchinni) tadi mengikut citarasa, bersama sos 1 dan sos 2.
  • Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment