Friday, November 25, 2011

Durian Papa (Kuih Cek Mek Durian, Durian Goreng, Pastri Filo Durian) - Deena


Bahan-bahan Kuih Cek Mek Durian :
  • 2 ulas durian - ambil isinya sahaja
  • 50gm tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan-bahan Durian Goreng dengan Sos Santan :
  • Durian - potong bentuk bar
  • Tepung
  • Garam
  • Air
  • Santan
  • Gula

Bahan-bahan Filo Pastri Durian :
  • Filo pastri
  • Durian
  • Krim cheese
  • Garam

Cara-cara Penyediaan Kuih Cek Mek Durian :
  • Lecekkan isi durian, kemudian masukkan tepung dan garam.
  • Gaul sehingga menjadi doh.
  • Bulatkan doh dan buatkan lubang kecil di tengah.
  • Masukkan gula ditengah-tengah doh tersebut, kemudian tutup dan gentelkan menjadi bentuk bujur.
  • Goreng sehingga garing.

Cara-cara Penyediaan Durian Goreng dengan Sos Santan :
  • Salutkan isi durian dengan tepung dan garam, kemudian masukkan sedikit air.
  • Gaulkan dan goreng sehingga garing.
  • Kacau santan dengan garam dan gula.

Cara-cara Penyediaan Filo Pastri Durian :
  • Bentukkan pastri filo menjadi bulat.
  • Bakar dalam oven selama 10 minit.
  • Gaulkan durian dengan krim cheese dan garam.
  • Lapiskan krim durian dengan filo pastri.
  • Buat 3 tingkat.

No comments:

Post a Comment