Pastri Puff, Pastri Pai Epal, Chicken Basquise Filling & Feuillettes - Chef Siti Mastura
Pastri Puff
Bahan-bahan Pastri Puff:
500gm Tepung Gandum
50gm Marjerin
260ml Air Sejuk
¼sudu teh Garam
300gm Puff Pastry Marjerin
Cara-cara penyediaan Pastri Puff:
Pukul kesemua bahan dengan “dough hook” (kecuali pastry puf marjerin) sehingga menjadi satu doh yang lembut. Biarkan doh ini rehat selama 5 min.
Canaikan doh dan letakkan 2/3 bahagian pastri marjerin ke dalam doh ini.
Lipat dan rehatkan selama 5-10 minit.
Canaikan doh ini dan lipat-masukan kiri dan kanannya. Rehatkan selama 10 -15 minit.
Ulang Langkah ke 4 sebanyak 3 kali lagi. Setiap kali, doh itu harus direhatkan selama 5 -10 minit.
Apabila doh sudah siap untuk di gunakan, terap bentuk-bentuk seperti yang diperlukan dan sapukan dengan telur sebelum membakarnya di ketuhar dengan suhu 200’ darjah celcius selama 20 minit untuk kesemua pastri melainkan Apple Strudel yang mungkin memerlukan-25 minit.
Pastri Pai Epal
Cara-cara penyediaan Pastri Pai Epal:
Ambil 150 gm doh pastri yang sudah siap dan gulungkan memanjang. (empat segi panjang dalam ukuran 12 inch x 9 inci).
Isikan inti ke atas pastri ini dan gulung seperti kek gulung.
Sapukan dengan telur dan bakar di ketuhar dengan kepanasan 200- 220’, selama 20 - 25 minit.
Apabila sudah masak, potong 4 bahagian dan hidang.
Bahan-bahan Inti:
3 biji Epal Hijau “Granny Smith”
60gm Gula
50ml Air
1 sudu besar Tepung Jagung (digaul dengan 2 sudu besar air)
40gm Sultana
1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Cara-cara penyediaan Pastri Pai Epal
Cuci dan potong dadu epal hijau.
Campurkan sedikit air bersama tepung jagungg. Ketepikan.
Masak epal bersama gula dan air sehingga lembut sedikit. Masukkan tepung jagung dan kacau sampai rata. Masukan sultana dan akhir sekali masukan serbuk kayu manis.
Bahan-bahan Sos Muscavado Dairy:
100ml Krim Dairy
2 - 3 sudu teh Dark Muscovado Sugar
Beberapa titik Jus Lemon
Cara-cara penyediaan Sos Muscavado Dairy:
Dengan menggunakan hand whisk, pukul krim dairy sehingga kental. Masukan sedikit jus lemon dan gula muscavado - untuk hiasan pastri pai epal.
Bahan-bahan Kiraian Gula:
1 cawan Gula
½ cawan Air
50gm Glukosa
Cara-cara penyediaan Kiraian Gula:
Masak gula bersama air dan glukosa sehingga pekat. Dengan menggunakan garfu, bentukan seperti sarang dan hiasi pai epal.
Vol-Au-Vents
Cara-cara penyediaan Vol-Au-Vents:
Ambil 2 keping 85 -90 gm pastri doh dan gilingkan berasingan. Tekap bulat kedua-duanya dengan terap yang sama (4 inci penekap pastri). Satu daripada pastri ini ditekap lagi dengan cetak yang kecil sedikit (3½ inci penekap pastri).
Ambil bulatan pastri yang sudah diterap (potongan 3½ inci luaran kulit pastri) ini dan letakkan ke atas bulatan pastri yang besar sedikit itu (potongan 4 inci pastri). Sebelum meletakkannya, harus disapu tengan telur dahulu dan di cucuk dengan garfu.
Apabila sudah dicantumkan, sapukan telur keseluruhannya dan bakar selama 20 - 25 minit.
Lebihan bulatan pastri, (potongan dalaman kulit pastri) juga dicucuk dengan garfu, disapu dengan telur dan dibakar bersama.
Bahan-bahan Chicken Basquise Filling:
1biji Lada Benggala Hijau Kecil (dihiris)
1biji Lada Benggala Kuning Kecil(dihiris)
1biji Lada Benggala Merah Kecil (dihiris)
200gm Kaki Ayam (tanpa tulang dipotong dadu)
125gm Tomato (dalam tin)
1sudu besar Pes Tomato
1biji Bawang Holland
1ulas Bawang Putih (dimayang)
1sudu besar Gula Perang
1sudu besar Mentega
Minyak Neuvida, Garam, Lada (untuk perasa)
Oregano, Rosemary, Thyme, 3 Bay Leaves
Lada Hitam (ditumbuk)
Cara-cara penyediaan Chicken Basquise Filling:
Panggang kesemua lada bangala diatas api terbuka sehingga kulitnya terbakar.
Letakkan di dalam mangkuk dengan ais and tutupkannya, supaya cepat sejuk dan mudah untuk kupas kulitnya.
Salutkan ayam dengan tepung kemudian goreng sehingga masak dan angkat.
Menggunakan pan yang sama, panaskan minyak zaitun dan goreng bawang dan bawang putih sehingga lembut.
Masukkan pes tomato dan masak sehingga naik bau. Seterusnya masukkan tomato yang dikupas dan lada bangala yang dihiris.
Masukkan semua herba dan masak dengan api perlahan selama 15 minit sebelum memasukkan ayam. Kemudian biar mendidih. Renehkan selama 15 minit. Rasa.
Feuillettes
Cara-cara penyediaan Pastri:
Canaikan 50 gm doh persegi dan bentuk seperti Feuilletes.
Cucukkan bahagian tengahnya dengan garfu .
Sapukan telur dan bakar selama 20 minit.
Tip: Pastri dibakar tanpa inti terlebih dahulu. Selepas dibakar, baru diisi dengan intinya. Kemudian hiasan untuk makanan.
Bahan-bahan Udang Bawang Putih Berkrim:
4ulas Bawang Putih (dihiris)
100-150 ml Krim
10 ekor Udang Kecil (buang kulit, ekor dan kepala dipotong)
1 spring Rosemary (dicincang)
20gm Keju Parmigiano Parmesan (parut)
5kuntum Cendawan shitake (dihiris)
1 sudu besar Mentega
Minyak Neuvida
Garam dan Lada Hitam (ditumbuk)
Cara-cara penyediaan Udang Bawang Putih Berkrim:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau.
Masukkan udang dan rosemary, kacau selama 3 minit.
Masukkan krim ke dalam. Biar mendidih dengan api yang kecil.
Taburkan keju parmigiano parmesan, garam dan lada untuk rasa.
No comments:
Post a Comment