Tuesday, November 29, 2011

Timbale Udang Harimau dengan Salad Ayam Buah Pear dan Sos Coulis Kacang Hijau - Chef Zubir



    BAHAN-BAHAN:
  • 5ekor Udang Harimau
  • 150g Kaki Ayam
  • 20g Pear Australia
  • 50g Daging Salai
  • 1biji Jeruk Jalapeno (dicincang kasar)
  • 10g Bawang Besar (dicinciang kasar)
  • ½ sudu teh Jus Limau Kasturi
  • 2g Daun Pasli (dicincang kasar)
  • ½ sudu teh Jus Oren
  • 2 sudu basar Mayonis
  • ½ batang Daun Leek (dihiris)
  • 100g Kacang Hijau
  • ½ batang Sayur Salari(dipotong kasar)
  • 50g Keju Parmesan (disagat harus)
  • 50g Salad Merclun
  • 20g Minyak Neuvida
  • Garam/Lada
  • Serbuk Paprika


  • BAHAN-BAHAN AIR REBUSAN:
  • 20g Lobak Merah
  • 15g Celery
  • 15g Leek
  • 20g Bawang besar (dipotong kasar)
  • ½ sudu kecil Jus Limau
    CARA-CARA PENYEDIAAN UDANG:
  • Rebus udang dalam air rebusan sehingga masak.
  • Kemudian tos dan rendam udang tersabut di dalam air sejuk beberapa minit.
  • Buang kulit, kepala dan ekor udang. Ambil seekor udang dan dipotong dadu. Selebihnya disimpan.


    CARA-CARA PENYEDIAAN SALAD DAN SOS:
  • Rebus kaki ayam sehingga masak dan ambil isinya.
  • potong buah pear dalam bentuk dadu.
  • kemudian tuang ke dalam mangkuk dan campurkan dengan jeruk jalapeno, parsley, bawang, isi ayam, udang, mayonis, jus limau daging salai.
  • Penyediaan Sos: panaskan kuali dan tumis pasli, celery, lada, bawang, merclun, kacang hijau dan air rebusan udang. Angkat, sejukkan dan kisar dalam mesin sehingga halus.


    CARA-CARA PENYEDIAAN KEJU PARMESAN:
  • Panaskan kuali dan masak keju parmesan di atas api yang serdahana sehingga cair dan kekuningan.
  • Angkat dan biar sehingga ranggup.
  • Campurkan daun mesclun dengan minyak dan bahan perasa.
  • Penyediaan Udang: letakkan plastik di dalam mangkuk kecil dan susun udang yang di masak dan masukkan salad.
  • Untuk hiasan: letakkan sos di tengah pinggan dan letak udang, parmesan ranggup dan salad mesclun.

No comments:

Post a Comment