Wednesday, November 16, 2011

Burger Kambing Bersama Hashbrown - Danial


Bahan-bahan :
  • Daging Kambing
  • Bawang Kuning
  • Bawang Putih
  • Cili Merah
  • Timun
  • Tomato
  • Tepung
  • Telur
  • Ubi
  • Mentega
Cara-cara Penyediaan Burger Kambing :
  • Kisarkan daging kambing sehingga lumat.
  • Kemudian masukkan ke dalam mangkuk bersama bawang kuning yang dihiris kecil dadu, bawang putih yang dicincang halus, cili merah yang dicincang halus.
  • Kemudian gaul sehingga sebati dan masukkan mentega yang dicairkan 2 sudu bersama 1 sudu besar tepung gaul semuanya.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak kemudian masukkan daging kambing itu dan meleperkan menjadi bulat dan goreng sehingga daging itu masak.
Cara-cara Penyediaan Hashbrown :
  • Rebuskan 2 biji ubi kemudian parutkan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan sedikit mentega cair 2 sudu tepung, 1 biji telur kuning kemudian gaul sehingga sebati dan gorengkan diatas kuali.

No comments:

Post a Comment