Ubi Kayu Gnocchi Burro E Salvia - Chef Riz
BAHAN-BAHAN:
- 100g Ubi Kayu (dibakar dan diparut)
- 1biji Telur Kuning
- 1sudu besar Keju Parmesan
- 3sudu besar Tepung Suji
- 30ml Minyak Neuvida
- 50g Mentega
- 4ulas Bawang Putih
- 10g Herba Sage
- 10g Herba Pasli Itali
- Tepung Gandum
- Garam dan Lada Hitam
BAHAN-BAHAN UBI KAYU ‘FRUTTI DI MARE’:
- 100g Ubi Kayu (dikupas dan dipotong kepada cota tebal)
- 2sudu besar Minyak Neuvida
- 2ulas Bawang Merah (dihiris)
- 2ulas Bawang Putih (dihiris)
- 1tangkai Cili Merah (dibuang biji dan potong panjang)
- 4ekor Udang Harimau (dibersihkan)
- 100g Sotong (dihiris kepada potongan bunga)
- 4ketul Kupah Hijau (dicuci bersih)
- 4ketul Kekapis (scallops)
- 6biji Tomato Ceri
- 150ml Sos Tomato Napolitana
- 5g Daun Selasih
- 300ml Air Rebusan Makanan Laut
CARA-CARA PENYEDIAAN:
- Renehkan ubi kayu ke dalam stok makanan laut. Masukkan garam secukup rasa dan renihkan selama 12 hingga 15 minit sampai ubi kayu lembut tetapi masih mengekalkan bentuk yang sama. Toskan dan letak ke tepi.
- Panaskan minyak newvida di dalam kuali, perasakan kekapis dengan garam dan lada hitam secukup rasa, layurkan kekapis sehingga warna menjadi cokelat pada kedua-dua belah.
- Ulang langkah yang sama untuk udang harimau. Tetapi hanya separuh masak kerana udang harimau dan kekapis akan dimasak didalam sos tomato. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili, tomato ceri, garam dan lada hitam secukup rasa.
- Seterusnya, masukkan sos tomato dan tuangkan air rebusan makanan laut.
- Renehkan udang harimau, kekapis, kepah hijau dan ubi kayu dengan api sederhana selama 3 minit.
- Kuatkan api dan masukkan sotong ke dalam, gaul dengan rata dan taburkan daun selasih. Tutup api dan ketepikan.
- Untuk Ubi Kayu “Gnocchi”, campurkan ubi kayu dengan telur kuning, keju parmesan, sedikit tepung gandum, garam dan lada hitam. Gaul adunan sehingga menjadi doh lembut.
- Seterusnya taburkan tepung suji, gelek doh kepada bentuk silinder kecil dan potong kepada bentuk ‘dumplings’ kecil.
- Kemudian debukan dengan tepung suji. Rebus dalam air berisi garam sehingga ‘dumplings’ kecil masak dan terapung-apung.
- Angkatkan “Gnocchi” dengan senduk berlubang dan ‘toss’ dengan minyak neuvida dan biarkan ketepi.
- Panaskan minyak newvida di dalam kuali. Goreng bawang putih, herba sage dan secupit garam dengan api yang sederhana.
- Apabila bawang putih naik bau dan herba ‘sage’ mula garing, masukkan mentega dan kuatkan api. Masukkan ubi kayu “gnocchi” ke dalam bersama bawang putih dan mentega ‘sage’. Kemudian perasakan garam dan lada hitam secukup rasa. Mentega akan tukar ke warna perang dan berbau wangi.
- Tutup api dan hidangkan diatas pinggan.
- Semasa menghidang diatas pinggan, susun ubi kayu dengan cantik bersama hiasan makanan laut dengan daun selasih, daun pasli dan keju parmesan.
No comments:
Post a Comment