Sunday, November 20, 2011

Udang Mentega Dengan Salad Suhun - Deena


Bahan-bahan Udang Mentega :

  • 3 ekor Udang
  • 1/4 cawan Krim
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 biji Cili Padi (dihirishalus)
  • 1/2 cawan Mentega
  • 3 biji Kuning Telur
  • Gula, Garam, Lada Putih - secukup rasa
  • 2 cawan Minyak Neuvida



Bahan-bahan Salad Mee Suhun :

  • 100gm Mee Suhun (dicelur)
  • 2 ekor Udang (direbus)
  • 1/2 batang Jagung (direbus)
  • 1/2 biji Lemon (ambil jusnya sahaja)
  • 1/2 cawan Minyak Neuvida
  • Segenggam Ketumbar


  • Gula
  • Garam
  • Lada Putih



Cara-cara Penyediaan Udang Mentega :

  • Goreng udang yang sudah diperap dengan garam dan lada putih. Angkat dan ketepikan setelah masak.
  • Tumis bawang putih dengan butter. Masukkan cili padi dan masukkan krim.
  • Biarkan sebentar sehingga harum. Kemudian, masukkan udang yang telah digoreng tadi dan kacau.
  • Untuk serdak telur, panaska nminyak sehingga panas. Kemudian masukkan mentega dan biarkan mentega cair.
  • Dengan menggunakan senduk, kacau minyak dengan laju dalam bentuk pusingan dan masukkan kuning telur sedikit demi sedikit. Angkat telur kuning yang sudah masak dan toskan, biar minyak kering.
  • Gaulkan udang dengan serdak telur kuning.



Cara-cara Penyediaan Salad Mee Suhun :

  • Kisarkan minyak, lemon, gula, garam, lada sulah sehingga jadi vinaigrette.
  • Toskan udang yang sudah direbus dengan jagung, suhun, ketumbar dengan vinaigrette.

No comments:

Post a Comment