Friday, November 25, 2011

Udang Goreng dengan Sambal Durian - Felix


Bahan-bahan Udang Goreng :
  • Tepung beras - untuk menyalut udang
  • 5 ekor udang besar
  • 1 biji telur

Bahan-bahan Sambal Durian :
  • 6 tangkai cili kering
  • Ikan bilis
  • 3 ulas durian - ambil isinya sahaja
  • ½ biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

Bahan-bahan Relish Timun :
  • ½ batang timun - dipotong julienne
  • Buah limau nipis - ambil jusnya
  • Cuka secukup rasa
  • Secubit garam

Cara-cara Penyediaan Udang Goreng :
  • Salutkan udang dengan telur yang telah dipukul.
  • Celup udang dengan tepung beras

Cara-cara Penyediaan Sambal Durian :
  • Kisarkan cili kering, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan serai dengan sedikit air untuk membuat bahan tumis.
  • Tumiskan hingga pecah minyak.
  • Kisarkan sambal dengan durian dan masukkan garam dan gula hingga cukup rasa.

Cara-cara Penyediaan Relish Timun :
  • Buat sos dengan jus limau nipis, parutan limau nipis, gula dan garam.
  • Masukkan timun dan tos sekejap.

No comments:

Post a Comment