Sunday, November 20, 2011

Salad Jernih dengan Aoili Ketumbar - Nik Michael


Bahan-bahan Udang dan Cakar Ayam :

  • Mee Suhun
  • Kaki Ayam
  • Jagung
  • Minyak
  • Udang
  • Telur
  • Lemon
  • Ketumbar
  • Serbuk Cili Kasar
  • Bawang Kuning
  • Bawang Putih
  • Minyak Bijan



Cara-cara Penyediaan Stok Ayam :

  • Tumis bawang kuning dan bawang putih sehingga lut cahaya.
  • Masukkan kaki ayam dan air sehingga menutupi bahan-bahan.
  • Rebuskan bahan-bahan tersebut.
  • Celurkan mee suhun dalam air rebusan setelah 40 minit berlalu.



Cara-cara Penyediaan Jagung :

  • Rebuskan dengan sedikit garam.
  • Asingkan butiran jagung dari batangnya dan panggang dengan sedikit lada sulah.



Cara-cara Penyediaan Aoili Ketumbar :
Kisarkan telur, jus lemon, bawang putih yang telah dipanggang serta ketumbar. Akar ketumbar perlu dicuci dan dikikis terlebih dahulu.


Cara-cara Penyediaan Udang :
Tumiskan bawang kuning dan bawang putih. Masukkan udang yang telah dikopek dan dicuci.Tumis dengan serbuk cili kasar sehingga masak.

No comments:

Post a Comment