Friday, November 25, 2011

Roti Bakar Durian Sejati - Danial


Bahan-bahan :
  • 50gm Gula
  • Lada Sulah
  • Garam
  • 200gm Isi Durian
  • 100gm Mentega
  • 2 batang Kayu Manis
  • 100gm Kacang Tanah - dikisar
  • Roti Bulat

Cara-cara :
  • Asingkan isi durian dari bijinya dan masukkan isinya ke dalam mangkuk.
  • Kemudian, masukkan mentega yang telah cair ke dalam mangkuk isi durian.
  • Masukkan 1 sudu air gula dan setengah sudu kecil garam dan gaul kesemuanya sehingga sebati.
  • Kisar kacang tanah.
  • Potongkan roti bulat itu mengiring kemudian sapukan adunan durian itu di atas roti dan taburkan kacang tanah yang telah dikisar di atas roti.
  • Panaskan oven dengan suhu 180’c dan masukkan ke dalam oven selama 20 minit.
  • Kupaskan kulit biji durian tadi dan ambil biji putih yang di dalamnya.
  • Biji putih durian itu digorengkan dengan minyak dan hiaskan di atas pinggan.
  • Untuk sos santan, panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian tumiskan kayu manis.
  • Kemudian masukkan santan dengan sedikit air.
  • Selepas itu, masukkan 1 sudu gula, suku sudu garam dengan sedikit lada sulah.

No comments:

Post a Comment