Tuesday, November 29, 2011

Kerabu Suhun & Udang Panggang Tok Ki - Deena


Bahan-bahan :
  • Udang
  • Sotong
  • Suhun
  • Limau Nipis
  • Bawang Merah (dimayang halus)
  • Cili Padi (dihiris halus)
  • Kacang Panjang (dipotong halus)
  • Asam Jawa (ambil airnya sahaja)
  • Belacan (dibakar)
  • Garam dan Gula

Cara-cara :
  • Rebus suhun sehingga masak.
  • Angkat dan ketepikan bila sudah masak dan toskan di dalam air sejuk.
  • Ambil jus limau nipis dan gaulkan dengan bawang merah, cili padi dan belacan.
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Rebuskan sotong.
  • Gaulkan kesemua bahan iaitu sotong, suhun dan kacang panjang dengan air asam limau nipis yang sudah dibuat tadi.
  • Kemudian ketepikan.
  • Perapkan udang dengan garam, lada sulah dengan sedikit belacan.
  • Panggangkan udang yang sudah diperap.
  • Campurkan air asam jawa dengan belacan, bawang merah, air limau nipis, cili padi dan garam dan gula.
  • Kacau hingga sebati.
  • Hiaskan kesemua hidangan.

No comments:

Post a Comment