Tuesday, November 29, 2011

Sup Ikan Haruan - Danial


Bahan-bahan :
  • 1 biji bawang Bombay
  • 1 batang lobak merah
  • 1 batang leek
  • 1 batang celery
  • 1 biji tomato
  • 1 ketul ubi
  • 1 tin cendawan abolon
  • 1 kiub stok ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji limau nipis
  • 1/2 sudu kecil daun thyme
  • 2 biji cili padi
  • 1 ekor ikan haruan

Cara-cara :

  • Mula-mula hiris bawang Bombay dan potong lobak merah, batang leek dan celeri.
  • Asingkan semua bahan yang dipotong tadi untuk stok mirepoix.
  • Sekarang masukkankan 150ml air ke dalam pot dan panaskan sehingga mendidih.
  • Selepas itu masukkan bahan-bahan mirepoix ke dalam pot.
  • Kemudian potong fillet ikan haruan.
  • Ambil kepala ikan haruan bersama tulangnya dan didihkan sehingga menjadi stok selama 30 minit.
  • Isi ikan haruan yang telah di fillet masukkan ke dalam foil bersama perahan limau nipis, serbuk thyme dan bawang putih yang telah diketuk.
  • Bungkuskan foil itu dan masukkan ke dalam oven selama 6 minit setelah oven disetkan pada suhu 180'C.
  • Setelah air rebusan mirepoix dengan tulang ikan menjadi stok, tapiskan stok itu dan simpan airnya.
  • Ambil pot yang lain dan panaskan dengan sedikit minyak.
  • Tumis bawang Bombay, bawang putih, 2 biji cili padi dengan l stok ikan bilis.
  • Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan stok ikan haruan tadi serta ubi kentang dan rebus selama 10 minit.
  • Masukkan tomato bersama fillet ikan haruan yang telah dikukus di dalam foil itu.
  • Akhir sekali masukkan garam bersama lada sulah secukup rasa dan masukkan cendawan abalon.
  • Kemudian hiaskan di dalam mangkuk bersama bawang putih dan leek goreng.
  • Siap dihidangkan.

No comments:

Post a Comment