Sunday, November 20, 2011

Kerabu Twist Kaki Ayam dan Udang - Mastura


Bahan-bahan :

  • Udang Kering (digoreng dan dicincang)
  • Bawang Besar Kuning (dipotong dadu)
  • Timun (dimayang halus dan sejukkan)
  • Lobak Merah (dimayang halus dan sejukkan)
  • Daunketumbar (dimayang halus)
  • Mee Suhun (direndam dalam air panas hingga kembang, ditoskan dan sejukkan)
  • Lemon (diambil jusnya)
  • Kulit Lemon (dicincang halus)
  • Garam
  • Gula
  • Minyak Bijan
  • Jagung (direbus dengan sedikit gula hingga empuk, ditoskan dan sejukkan)
  • Kaki ayam (diirebus hingga empuk dan rendamkan dalam air dan sejukkan)
  • Udang (diisiang buang semua kulit dan dicelur sebentar dansejukkan)
  • *sejukkan di dalam peti sejuk



Cara-cara :

  • Masukkan jus lemon, daunketumbar, gula, garam, kulit lemon, bawang dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan bahan yang lain seperti jagung, lobak merah, timun, kaki ayam yang telah diambil isinya, meesuhun, udang dan minyak bijan.
  • Hiaskan dalam pinggan dan taburkan udang kering sebagai perasa dan hiasan

No comments:

Post a Comment