Thursday, November 17, 2011

Burger Kambing Mediterranean Bersama Raita - Zamir


Bahan-bahan Burger Kambing Mediterranean :
  • Daging Kambing - 300gm
  • Jintan Putih - 1 sudu kecil
  • Kayu Manis - 1 sudu kecil
  • Bawang Putih - 3 ulas
  • Garam - Secubit
  • Lada Putih - Secubit
  • Kuning Telur - 2 biji
  • Serbuk Panko - 2 sudu besar
Bahan-bahan Raita (Tatziki) :
  • Yogurt Asli -500ml
  • Lemon - ½ biji
  • Jintan Putih - ¼ sudu kecil
  • Bawang Putih - ½ ulas
  • Garam - secubit
  • Gula - secubit
  • Lada Putih - secubit
  • Timun (dipotong dadu)
Cara-cara Penyediaan Burger Kambing Mediterranean :
  • Kisarkan Daging Kambing,Jintan Putih, Kayu Manis dan Bawang Putih di dalam pengisar sehingga halus dan serata.
  • Campurkan bahan kisaran tadi dengan kuning telur dan serbuk panko dan gaul sehingga sebati.
  • Bentukkan adunan menjadi ‘Patty’ burger dan salutkan bahagian atas dan bawah burger dengan serbuk panko.
  • Masak burger selama 6 minit setiap bahagian atau sehingga masak.
Cara-cara Penyediaan Raita (Tatziki) :
  • Kisarkan semua bahan sehingga halus.
  • Letakkan timun dalam bahan kisaran.

No comments:

Post a Comment