Sunday, November 20, 2011

Cakaran Bersarang Udang Bersos Cili - Kamaruzzaman


Bahan-bahan :

  • Udang
  • Kaki ayam
  • Mee Suhun
  • Jagung
  • Minyak Neuvida
  • Telur Ayam
  • Ikan Bilis
  • Cili Merah
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Cuka



Cara-cara :

  • Rendam mee suhun sekejap terlebih dahulu. Toskan, kemudian goreng di minyak yang panas.
  • Bentukkan seperti mangkuk dengan menggunakan tapis kering keluli, ketepikan setelah garing.
  • Pukl telur ayam, masukkan lada sulah, garam (secukup rasa).
  • Udang yang telah dikupas dan kaki yang telah dibersihkan diperap ke dalam telur tadi.
  • Biji jagung mentah digoreng tanpa minyak sehingga kering selepas itu dikisar bersama ikan bilis.
  • Ayam dan udang bersalut telur tadi digaul dengan bahan kisaran jagung dan ikan bilis.
  • Selepas itu, goreng garing hingga masak.



Cara-cara Penyediaan Sos Cili :

  • Kisarkan cili merah, bawang merah dan bawang putih, tumiskan dan masukkan sedikit gula dan cuka ke dalam tumisan.
  • Hidangkan setelah masak. Masukkan minyak Neuvida dan gaulkan dengan sos cili tadi.

No comments:

Post a Comment